TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday 29 April 2014

Paparan Ringkas Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Putri Bongsu Tuan Makros bin Hj. Tahir dan Puan Hashimah bt Boyok

Bertarikh 26 April 2014 bersamaan hari Sabtu 26 Jamadilakhir 1435 H berlangsunglah Majlis Resepsi Perkahwinan antara Nor Shahida Binti Mohd Makros dan pasangannya Mohd Hanizan Bin Hj. Misron.

Majlis yang berlangsung dengan suasana yang tenang  dan sederhana namun cukup meriah di kediaman ayahanda dan bonda mempelai perempuan,Tuan Mohd Makros bin Hj Tahir dan Puan Hashimah Binti Boyok di No.10, Jalan Orkid 5, Taman Bukit Slim,Slim River.

Majlis yang diadakan secara bergotong-royong mendapat kerjasama dan sokongan padu dari ketiga-tiga jawatankuasa utama Taman Bukit Slim,iaitu Jawatankuasa Penduduk yang diterajui oleh En. Abdullah, Jawatankuasa KRT yang diterajui oleh En. Yunus dan Jawatankuasa Surau yang dipimpin oleh En. Munasir serta warga TBS yang lain.











































Tahniah,Semoga pengantin bahgia dan selamat berkekalan!

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS