TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday 30 June 2014

Mana Lebih Afdhal, Wanita Sembahyang Sunat Tarawih Di Rumah atau Di Masjid?

Keutamaan Solat Wanita dan Solat Tarawih

Artikel ini telah tersiar di dalam Majalah Fardu Ain Edisi 14

Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak. Demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. 

Rasulullah s.a.w. tidak melarang para wanita pergi ke masjid berdasarkan hadis-hadis berikut:


عَن ِ ابْن ِ عُمَرَ رَضِيَ الله ُ عَنـْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـّـَى الله ُ عَلـَيْهِ وَسَلـّـَمَ لاَ تَمْنـَعُواالنـِّسَاءَ مِنَ الـْخـُرُوْج ِ إ ِلـَى الـْمَسْجـِدِ بِاللـّـَيْلِ رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود والترمذي وعبد بن حميد وفي رواية لاَ تَمْنـَعُوا إ ِمَاءَ اللهِ مَسَاجـِدَ اللهِ رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن خزيمة وأخرى لاَ تَمْنـَعُوا نِسَاءَكُمُ الـْمَسْـجـِدَ وَبُيُوْتُهُنّ َ خَيْرٌ لـَهُنَّ رواه أحمد وأبو داود وابن خزيمة

Daripada Ibnu Umar r.anhuma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid pada malam hari.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Abdu bin Humaid)

Di dalam satu riwayat: “Janganlah kalian mencegah wanita-wanita janda untuk pergi ke masjid.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

Pada riwayat yang lain: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid, tetapi di rumah lebih baik bagi mereka (untuk solat) (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. 

Sehubungan dengan itu, di dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” 

Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu.

Mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Hadis riwayat Musnad Ahmad)

Di dalam hadis yang lain ada menyebutkan:

عَن ِ ابْن ِ مَسْعُـوْدٍ رَضِيَ الله ُ عَنـْهُ عَن ِ النـّـَبـِيّ ِ صَلـّـَـى الله ُ عَلـَيْهِ وَسَلـّـَمَ قـَالَ صَلاَة ُ الـْمَرْأ َةِ فِيْ بَيْتِهَا أ َفـْضَلُ مِن ْ صَلاَتِهِ فِيْ حُجْر ِهَا وَصَلاَتِهَا فِيْ مَخْدَعِهَا أ َفـْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِيْ بَيْتِهَا رواه أبو داود وابن حزيمة وفي رواية لابن حزيمة إ ِنّ َ أ َحَبّ َ صَلاَةٍ تُصَلـِّيْهَا الـْمَرْأ َة ُ إ ِلـَى اللهِ فِيْ أ َشدِّ مَكـَان ٍ فِيْ بَيْتِهَا ظُلـْمَةً رواه ابن حزيمة

Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Nabi s.a.w.baginda bersabda: ” Solat seorang wanita di ruangan rumahnya lebih afdal daripada solatnya di ruangan luar rumahnya. Solatnya di biliknya lebih afdal daripada solatnya di ruangan rumahnya. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)

Di dalam riwayat yang lain: Sesungguhnya solat seorang perempuan yang paling disukai Allah adalah solat yang dilakukannya di tempat yang paling tersembunyi di dalam rumahnya. (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah)

Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)

Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani Israil.”

Pada bulan Ramadhan , terutama pada awal bulan, kita dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai melaksanakan solat tarawih bersendirian di rumah dan tidak hafal bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat tersebut. Ada juga yang berkata, “Senang solat di masjid, kita cuma baca Fatihah sahaja, dapat jumpa kawan-kawan dan seribu alasan”

Cara-cara mengerjakan solat tarawih

Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. 

Tidak ada hadis Nabi s.a.w. tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Keutamaan Solat Wanita Dan Solat Tarawih

Kaum wanita memang dibolehkan ke masjid untuk untuk menuntut ilmu fardu ain sekiranya suami tidak mampu mengajar. Begitu juga wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya.

Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat seperti anda mempunyai anak dara dan teruna. Pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan puan-puan dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan puan-puan. Bagaimana pula dengan makan pakai suami?

Alangkah moleknya jika-jika kaum lelaki berduyun-duyun ke masjid berkat galakan para wanita. Wanita pula bersolat pada awal waktu di dalam bilik tidur masing-masing. Pada zaman Rasulullah s.a.w. hanya lelaki yang diketahui benar-benar kemunafikannya sahaja yang tidak bersolat di masjid.
Selain daripada itu, kaum wanita juga berpeluang mendapat pahala melebihi kaum lelaki. Sekiranya lelaki mendapat pahala sebanyak 27 kerana solat berjamaah, puan-puan akan mendapat 28 pahala. Mengapa lebih? Satu adalah pahala solat puan-puan, 27 pula adalah saham yang puan-puan perolehi kerana menggalakkan mahram menunaikan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

مَنْ سَنّ َ سُـنـّـَة ً حَسَـنـَة ً فـَلـَهُ أ َجْرُهَا وَأ َجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَاإ ِلـَى يَوْم ِالـْقِيَامَةِ وَمَنْ سَـنّ َ سُنـّـَة ً سَيِّـِئَة ً فَعَلـَيْهِ و ِزْرُهَا وَو ِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَاإ ِلـَى يَوْم ِ الـْقِيَامَةِ رواه ابن ماجه
Klik untuk mendengar bacaan hadis di atas

Sesiapa yang menggalakkan satu kebaikan untuk diikuti dan dilaksanakan oleh orang lain, maka orang yang menggalakkan juga mendapat pahala sehingga hari kiamat. Dan sesiapa menggalakkan sesuatu kejahatan lalu kejahatan itu diikuti dan dilaksanakan oleh orang lain, maka orang yang menggalakkan juga mendapat dosa sebagaimana orang yang melakukannya sehingga hari kiamat.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Galakkanlah mahram puan-puan dengan menyediakan peralatan mereka untuk ke masjid seperti; baju untuk solat, serban, sugi, minyak wangi, kunci motorsikal atau kereta dan lain-lain pada suatu tempat yang khusus. Dengan cara ini, mereka mudah ke masjid dan puan-puan juga dapat menunaikan solat pada awal waktu tanpa gangguan, insyaAllah.

Di bawah ini adalah panduan solat tarawih yang biasa dikerjakan di masjid-masjid kerajaan Negeri Johor. Saya baru sahaja mengemaskininya (Ramadan 1434 H / Julai 2013) dengan font ‘sakkal majalla’ yang lebih kemas dan mudah dibaca. 

Jika ada kelapangan masa, bolehlah puan-puan membaca wirid-wirid selingan di antara solat-solat tarawih itu. Kelebihan membaca selawat dan zikir-zikir tersebut ada di dalam banyak hadis. Ianya telah disusun oleh para ulama’ untuk kemudahan kita mengamalkannya.


 
Wahai kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara beribadah, beraqidah dan berakhlak. Beramallah dengan cara yang terbaik mengikut keutamaan. Mohon maaf jika terlanjur bicara. 

Semoga ada manfaatnya. Wassalam.

 

Rujukan:

1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan
2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.
3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
4. Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. 2007. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 1. Kedah: Pustaka Darussalam. m.s 71
5. Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. 2007. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 2. Selangor: Halaqah Resources. m.s 53
6. Kapsul Hadith Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Zamri Haji Zainal Abidin
7. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:
7.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
7.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
7.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
7.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
7.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
7.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
7.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
7.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
7.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
7.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
7.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.


Dimuaturun dari halaman http://arabmykrk.com/ disunting oleh : Tokanpuakajoran  untuk Tamanbukitslim.blogspot.com

Sunday 29 June 2014

Ikan Keli Masak Berlada




 Gambar Google

Bahan-bahan:
 

3 ~ 4 ekor ikan keli
 

10 biji cili merah - dikisar
 

2 batang serai - dititik
 

1 ulas bawang besar - dimayang kasar
 

2 ulas bawang putih - ditumbuk
 

1 inci halia - ditumbuk
 

Air limau kasturi
 

Sedikit garam dan gula secukup rasa
 

Cara memasak:

1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
 

2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Apabila sudah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
 

3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
 

4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.


 Resepi: Mutzers Muza

Friday 27 June 2014

Anak Perempuan Warga Taman Bukit Slim Diculik

Murid sekolah diculik
Seorang warga emas diberkas polis ketika cuba melarikan diri selepas menculik anak perempuan salah seorang warga Taman Bukit Slim,Slim River, semalam. Dalam adengan kejar-mengejar dengan pihak polis, suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di Sungkai.

TANJUNG MALIM 26 Jun - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun yang juga pelajar tahun 3, SK Aminuddin Baki, Slim River berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki warga emas yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu,sejurus tamat waktu persekolahan suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.

"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.

Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.

Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.

"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.

"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.

"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.

Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek yang berasal dari Changkat Jong itu berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun yang berasal dari Kampung Changkat Sulaiman, Sungkai serta anak lelakinya (dua tahun).Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.

Motif sebenar suspek melakukan tindakan tersebut masih disiasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan.

Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.

P/s: Awasi keselamatan, penjenayah ada di mana-mana.

Thursday 26 June 2014

Ikan Siakap Kukus


Bahan-bahan:
 

1 ekor ikan siakap sederhana besar
 

3 sudu besar sos tiram
 

2 susu besar sos cili
 

2 susu besar sos tomato
 

1 sudu gula
 

4 cm halia - dimayang
 

3 ulas bawang putih - dimayang
 

3 ulas bawang besar - dimayang
 

3 tangkai daun sup
 

1/2 biji limau nipis
 

garam secukup rasa
 

Cara memasak:

1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus. Lumurkan garam dan gula (kurangkan gula jika tidak  mahu manis).
 

2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang telah dimayang.
 

3. Tuang ketiga-tiga jenis sos.
 

4. Kukus selama 10 minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup dan perahkan limau . 


* Jika suka boleh letakkan asam boi semasa mengukus. Boleh juga masukkan tomato atau belimbing buluh mengikut citarasa.

http://www.eresipi.com/wp-content/uploads/2013/07/Siakap_Stim_Halia-398x351.jpg 
 Gambar Hiasan (Google) 

Sumber :  mutzersmuza

Tuesday 24 June 2014

Hidangan Buaya Masak Kicap Untuk Pengunjung

MIRI – Kejadian manusia dibaham buaya di negeri ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak ramai yang tahu reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir penggemar makanan eksotik di bandar raya ini.

Siapa sangka Taman Buaya Miri, di sini, bukan saja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan berkenaan, malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjungnya terutama kepada pelancong asing.

Selain hidangan sup ekor buaya, pengunjung boleh menempah masakan daging buaya masak kicap dan juga sate buaya.

Tukang masak, Sunani Sulong, 55, berkata, hidangan daging buaya itu sangat digemari pelancong dari China, selain penduduk tempatan dalam kalangan kaum Iban.

Katanya, hidangan istimewa yang paling digemari adalah sup ekor buaya kerana kononnya hidangan eksotik itu berkhasiat untuk kesihatan terutama penghidap penyakit asma. – Harian Metro

Monday 23 June 2014

Wadai Kalakatar


Kuih Kalakatar carian Google

* Kalakatar ialah sejenis kuih (wadai) tradisi kaum banjar.Diperbuat daripada kelapa muda.Sangat popular di kawasan Utara Perak terutama pada bulan Ramadan. Dijadikan juadah berbuka.

Bahan-bahan
2 biji kelapa muda diambil isinya

5 1/2 cawan air kelapa muda

1/2 cawan gula

2 cawan tepung beras dicampur sedikit tepung gandum

1 biji telur

Sedikit garam dan minyak masak (minyak untuk disapu pada loyang).

Cara-cara membuatnya

Bancuh (boleh kisar) semua bahan kecuali isi kelapa.

Tapis dan masukkan adunan ke dalam periuk dan panaskan sekejap di atas dapur dengan api perlahan

Tutup api jika adunan sudah sedikit pekat.

Masukkan isi kelapa dan kacau.

Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan bakar dalam oven .Gunakan api atas dan bawah  sehingga kekuning-kuningan (masak).

Sumber : Mutzers Muza

Udang Masak Serai Wangi


udang galahpun boleh

Bahan-bahan:
 

600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
 

4 batang serai
 

100 gm cili kering
 

100 gm bawang merah
 

100 gm cili merah
 

70 gm bawang putih
 

70 gm halia muda
 

3 sudu besar pati asam jawa
 

30 gm belacan bakar
 

100 gm pati santan
 

Garam dan gula secukup rasa
 

Cara memasak:
 

1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
 

2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
 

3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
 

4. Masukkan pati santan dan udang.
 

5. Masak hingga naik bau.



Sumber: Mutzers Muza

Ayam Panggang Bermadu



Gambar carian google

Bahan-bahan:
 

1kg kepak ayam / atau bahagian lain ayam
 

1 senduk besar minyak bijan
 

2 senduk besar madu (jika suka manis, tambahkan mengikut cita rasa )
 

Sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambah lagi)
 

Sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:

Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. 


Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam yang telah diperap mengguna api atau kepanasan yang perlahan.

Sumber menu:  Mutzers Muza

Sunday 22 June 2014

Larangan Mengikuti Budaya Orang Kafir (Tasyabbuh)


Gambar Sekadar Hiasan

Hari ini kebanyakan muslim sudah tidak lagi punyai jatidiri. Kebanyakannya, terutama anak muda sudah menjadikan gaya dan penampilan, akhlak dan tingkah laku mereka seperti budaya barat yang dianggap "up to date" dan moden tanpa menyedari bahawa mereka menuruti budaya barat itu atau lebih tepat dikatakan budaya orang kafir.

Perhatikanlah dari dari cara berdandan, cara berpakaian dan penampilan muda-mudi kini, sudah sama dengan gaya Ronaldo, Roberto dan Jenifer. Begitu juga kalau kita lihat aktiviti perayaan seperti Ultah dan New Year.Pemuda-pemudi Muslim turut merayakan kesemuanya tanpa menyedari perlakuan tersebut beroretasikan ajaran non-muslim. Benarlah disebutkan dalam hadith, umat Islam selangkah demi selangkah akan mengikuti jejak bukan muslim sehingga benar-benar mengikuti perlakuan non Muslim itu.

Orang Muslim akan Mengikuti Jejak Orang Kafir

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ . فَقَالَ وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِكَ

“Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan generasi sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu ada yang menanyakan pada Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persia dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?“ (HR. Bukhari no. 7319)

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ , قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَنْ

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun, -pen), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR. Muslim no. 2669).

Ibnu Taimiyah menjelaskan, tidak diragukan lagi bahwa umat Islam pada akhir zaman akan mengikuti jejak Yahudi dan Nashrani dalam sebagian perkara. Lihat Majmu’ Al Fatawa, 27: 286.

Syaikhul Islam menerangkan, bahawa dalam solat ketika membaca Al Fatihah kita selalu meminta kepada Allah agar diselamatkan dari jalan orang yang dimurkai dan sesat iaitu cara hidup Yahudi dan Nashrani namun sebagian umat Islam jelas sudah terjerumus mengikuti jejak kedua-dua golongan tersebut. Lihat Majmu’ Al Fatawa, 1: 65.

Imam Nawawi -rahimahullah- ketika menjelaskan hadith di atas menjelaskan, “Yang dimaksud dengan syibr (sejengkal) dan dziroo’ (hasta) serta lubang dhob (lubang hewan tanah yang penuh lika-liku), adalah permisalan bahwa tingkah laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nasrani. iaitu kaum muslimin dipengaruhi mereka dalam melakukan kemaksiatan dan berbagai penyimpangan, bahkan dalam hal-hal kekafiran mereka juga diikuti. Perkataan bginda ini adalah suatu mukjizat kerana apa yang baginda katakan telah benar-benar terjadi ketika ini.” (Syarh Muslim, 16: 219)

Larangan Tasyabbuh

Walau perubahan demi perubahan yang dialami oleh umat Islam sudah jadi sunnatullah, namun bukan berarti mengikuti jejak ahli kitab dan orang kafir dibolehkan.Secara umumnya kita dilarang menyerupai mereka dalam hal yang menjadi kekhususan mereka. Penyerupaan ini dikenal dengan istilah tasyabbuh.

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad 2: 50 dan Abu Daud no. 4031. Syaikhul Islam dalam Iqtidho‘ 1: 269 mengatakan bahwa sanad hadith ini jayyid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini shahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269)

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknyanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا

“Bukan termasuk golongan kami siapa saja yang menyerupai selain kami” (HR. Tirmidzi no. 2695. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Kenapa kita dilarang meniru-niru orang kafir secara lahiriyah? Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,

أَنَّ الْمُشَابَهَةَ فِي الْأُمُورِ الظَّاهِرَةِ تُورِثُ تَنَاسُبًا وَتَشَابُهًا فِي الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَلِهَذَا نُهِينَا عَنْ مُشَابَهَةِ الْكُفَّارِ

“Penyerupaan dalam perkara lahiriyah mempengaruhi pada penyerupaan akhlak dan amalan. Oleh sebab itu, kita dilarang tasyabbuh dengan orang kafir” (Majmu’ Al Fatawa, 22: 154).

Di tempat lain dalam Majmu’ Al Fatawa, beliau berkata,

فَإِذَا كَانَ هَذَا فِي التَّشَبُّهِ بِهِمْ وَإِنْ كَانَ مِنْ الْعَادَاتِ فَكَيْفَ التَّشَبُّهُ بِهِمْ فِيمَا هُوَ أَبْلَغُ مِنْ ذَلِكَ ؟!

“Jika dalam perkara adat (kebiasaan) saja kita dilarang tasyabbuh dengan mereka, bagaimana pula dalam perkara yang lebih dari itu?!” (Majmu’ Al Fatawa, 25: 332)

Jenis-jenis Tasyabbuh

Tasyabbuh dengan orang kafir ada dua jinis: (1) Tasyabbuh yang diharamkan, (2) Tasyabbuh yang mubah (boleh).

1- Tasyabbuh yang haram adalah segala perbuatan yang menjadi kekhususan ajaran orang kafir dan diambil dari ajaran orang kafir, tidak diajarkan dalam ajaran Islam.

Terkadang tasyabbuh seperti ini dihukumi dosa besar, bahkan ada yang boleh sampai menjadi kafir bersandarkan dalil-dalil yang qat"i. Tasyabbuh yang dilakukan boleh disebabkan sememangnya ingin menngikuti ajaran orang kafir atau boleh jadi kerana dorongan hawa nafsu atau kerana syubhah bahwa hal tersebut boleh mendatangkan manfaat di dunia atau di akhirat.

Bagaimana jika melakukannya atas dasar tidak tahu seperti ada yang merayakan ulang tahun (Ultah) padahal ritual seperti ini tidak pernah diajarkan dalam Islam? Jika alasannya tidak tahu, maka tidak berdosa namun orang seperti ini harus diberitahu. Jika tidak mau menurut bahkan kekal dengan pandangannya maka berdosalah dia. Berdosa juga kerana tidak mahu belajar.

2- Tasyabbuh yang dibolehkan adalah segala perbuatan yang asalnya sebenarnya bukan dari orang kafir. Akan tetapi orang kafir melakukan seperti itu. Tidak mengapa menyerupai dalam hal seperti itu, walaupun perlakuannya sama dengan mereka. Contohnya adalah seperti membiarkan uban dalam keadaan putih. Padahal disunnahkan mengubahkan warnanya (meletakkan inai). Jika dibiarkan kekal berwarna putih pun tidak dilarang .
Perlu diberi perhatian bahawa ada beberapa syarat yang dibolehkan bertasyabbuh dengan orang kafir:

1- Yang ditiru bukan syi’ar agama orang kafir dan bukan menjadi kekhususan mereka.

2- Yang diserupai bukanlah perkara yang menjadi syari’at mereka. Seperti dalam syari’at dahulu dalam rangka penghormatan, maka disyari’atkan sujud. Namun dalam Islam telah dilarang.

3- Syari’at menjelaskan bolehnya bersesuaian dalam perbuatan tersebut, namun khusus untuk amalan tersebut saja. Seperti misalnya dahulu Yahudi melaksanakan puasa Asyura, umat Islam pun melaksanakan puasa yang sama. Namun juga diselisihi dengan menambahkan puasa pada hari kesembilan dari bulan Muharram.

4- Menyerupai orang kafir tidak sampai berlainan dengan ajaran Islam. Misalnya, orang kafir sekarang berjanggut.Hal yang demikian bukan bermaksud umat Islam harus mencukur janggut supaya berbeza dengan orang kafir.Menyimpan janggut sudah menjadi perintah kepada orang Muslim.

5- Menyerupai orang kafir di sini bukan dalam keperayaan mereka. Misalnya, orang kafir merayakan kelahiran Isa (dalam natal), maka bukan bererti kita pun harus merayakan kelahiran Nabi Muhammad (dalam Maulid Nabi). Jadi tidak boleh tasyabbuh dalam hal perayaan orang kafir.

6- Tasyabbuh hanya boleh dalam keadaan hajat yang diperlukan, tidak boleh lebih dari itu.

Lihat perbahasan dalam Kitab Sunan wal Atsar fin Nahyi ‘an At Tasyabbuh bil Kuffar, oleh Suhail Hasan, hal. 58-59. 

Wallahul muwaffiq

Disunting  oleh Tokanpuakajoran daripada sumber:

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS