TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday 14 May 2015

Majlis Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35

Oleh: Ak. Jefferi Pg. Durahman / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dari Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
Wednesday, 06 May 2015 22:07

DULI Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah bergambar sebelum Majlis Santapan Tengah Hari.

KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN, Rabu, 6 Mei. - Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sebagai Sultan Perak yang Ke-35 berlangsung hari ini dengan Istiadat Tabal Adat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Ke-35 ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

060515 AMIRUL7 PERTABALANDULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
duduk bersama Wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri, serta para tetamu khas Diraja di Istana Iskandariah.

Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Istana Iskandariah dijunjung oleh Orang Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin dan Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Dato' Seri Wan Mohd. Fathir @ Wan Fadzir bin Wan Hussain, sebelum beredar ke Bilik Persemayaman, DYTM dijunjung menandatangani Buku Lembaran Kenangan.

060515 AMIRUL2 PERTABALANDYTM dijunjung menandatangani Buku Lembaran Kenangan di Istana Iskandariah.

Di Bilik Persemayaman, DYTM dialu-alukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dari Bilik Persemayaman, DYTM kemudiannya dijunjung berangkat masuk ke Balairung Seri bagi menyertai Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun; Yang Teramat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Teramat Mulia Puan Temenggong Kedah; Pemangku Sultan Pahang; Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri-Negeri dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan-Toh Puan; Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan isteri; Wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri; serta para tetamu khas diraja.

Ini seterusnya diikuti dengan keberangkatan masuk DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak; serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak dan Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, keberangkatan masuk diiringi dengan paluan Nobat 'Lagu Raja Berangkat'.

DPMM 060515 ISTIADAT PERTABALAN SULTAN PERAK 001SUASANA Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah sebagai Sultan Perak yang Ke-35 berlangsung hari ini dengan Istiadat Tabal Adat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Majlis Istiadat Pertabalan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan diikuti pula dengan istiadat Membawa Masuk Naskhah Al-Qur'an, di mana DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menerima senaskhah Al-Qur'an yang disembahkan oleh Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

Pemasyhuran Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudian dibacakan oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan Istiadat Membawa Masuk 'Pedang Cura Si Manja Kini'.
Sejurus itu, sembah 'Daulat' dilaungkan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan Nobat Tabal.
Sejurus itu, Toh Seri Nara Di Raja mempersembahkan 'Mastika Embun' dan menyunting 'Chap Halilintar' ke hadapan majlis DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

060515 AMIRUL11 PERTABALANBACAAN Doa Selamat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ini diikuti seterusnya dengan Istiadat Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya menyematkan 'Bunga Pencawa Pencara' kepada DYMM Raja Permaisuri Perak. Sejurus itu, sembah 'Daulat' sebanyak tiga kali dilaungkan dan diikuti dengan paluan Nobat.

Majlis Istiadat Pertabalan diteruskan dengan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia.
Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia dimulakan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan dan diikuti dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bagi mewakili kerajaan dan rakyat.

060515 AMIRUL22 SANTAPMAJLIS Santapan Tengah Hari sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
sebagai Sultan Perak yang ke-35 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan kemudian berkenan mengurniakan titah.

Majlis Istiadat Pertabalan ditutup dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak kemudian berkenan berangkat meninggalkan Balairung Seri.

Selesai Majlis Istiadat Pertabalan tersebut, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat bersama-sama tetamu-tetamu khas diraja yang lain ke Dewan Santapan bagi Majlis Santapan Tengah Hari.
060515 AMIRUL23 SANTAPSEBAHAGIAN tetamu-tetamu khas Diraja yang berangkat dan hadir di Majlis Santapan Tengah Hari.

Selesai Majlis Santapan Tengah Hari, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat meninggalkan Istana Iskandariah bersama-sama tetamu-tetamu khas diraja yang lain.

Mengiringi keberangkatan DYTM ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Taha; Setiausaha Tetap di JPM, Awang Yahya bin Haji Idris dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Dato Paduka Alikhan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. PAUTAN.

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS