Saudaraku seagama!
Ketahuilah, bahawa ada beberapa hal yang dapat
membatalkan keislaman seseorang,dan yang paling banyak terjadi ada
sepuluh perkara.Perkara-perkara tersebut adalah:
1. Mempersekutukan Allah (Syirik) dalam ibadah.Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah niscaya Allah akan
mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah
neraka,dan tiada seorangpun yanag akan dapat menolong orang-orang yang
zalim.(Al-Maidah:72)
*Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan
pertolongan kepada orang-orang yang telah mati,begitu juga bernazar dan
menyembelih korban demi mereka.
2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan
Allah dengan meminta doa syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada
perantara itu.Yang melakukan hal tersebut,menurut kesepakatan
ulamak (ijmak) adalah dihukumkan kafir.
3. Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu-ragu akan
kekafiran mereka,ataupun membenarkan fahaman (mazhab) mereka,dengan
demikian itu mereka juga dihukumkan kafir.
4. Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad Saw itu
lebih sempurna,atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum baginda
itu lebih baik,sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan
manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah dan
meminggirkan hukum Rasulullah.Maka yang berkeyakinan seperti itu adalah
kafir.Sebagai contoh:
a. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan (perundangan) yang dicipta
oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan
bahawa aturan Islam (perundangan) tidak tepat untuk diterapkan pada abad
kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran
kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam
mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja, tidak mengatur urusan
kehidupan lain.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah (hudud) dalam
memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin
(muhsan) tidak lagi sesuai pada masa ini.
c. Berkeyakinan dan membolehkan menggunakan hukum selain hukum
Allah dalam urusan muamalat syariat (perdagangan,pinjam-meminjam dan
sebagainya) atau dalam menentukan Hukum Pidana, atau lainnya sekalipun
tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum itu lebih utama
daripada Syariat Islam.Perkara yang demikian itu sebenarnya telah
menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah menurut kesepakatan ulamak
(ijmak).Setiap orang yang menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas
diharamkan oleh Allah dalam agama seperti zina,arak,riba dan penggunaan
perundangan selain syariat Allah, maka menjadi kafirlah ia menurut
kesepakatan ulamak (ijmak).
5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw
sebagai syariat baginda walaupun seseorang itu mengamalkannya (amalan
tanpa redho hatinya), maka menjadi kafirlah ia seperti firman Allah yang
bermaksud.
Demikian itu adalah disebabkan mereka benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
perbuatan mereka. (Muhammad:9)
6. Memperolok-olok atau mempersendakan sesuatu dari ajaran Islam
ataupun terhadap pahala mahupun siksaan yang telah menjadi ketetapan
agama, maka dihukumkan kafirlah seseorang itu.Firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada Allahkah dan ayat-ayatnya serta
rasulnya kamu sekalian memperolok-olok?Tiada erti mereka meminta maaf
kerana mereka kafir setelah beriman. (At-taubah:65,66)
7. Sihir, antara ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan
seseorang suami terhadap isterinya menjadi kebencian, begitu juga ilmu
pengasih iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak
disenanginya dengan cara "Syaitani". Maka sesiapa yang mengerjakan sihir
atau menyukai dan rela dengannya maka dia juga dihukumkan kafir. Firman
Allah yang bermaksud:
Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada
seseorangpun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu,
sebab itu janganlah kamu kafir. (Al-baqarah:102)
8. Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi Islam, firman Allah:
Dan sesiapa antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi
pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan
mereka.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
zalim. (Al-maidah:51)
9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia dibolehkan tidak
mengikuti Syariat Muhammad Saw, maka yang berkeyakinan seperti itu
adalah kafir.Firman Allah yang bermaksud:
Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama(pegangan), maka tidak
akan diterima dan pada hari akhirat mereka tergolong dalam kalangan
orang-orang yang rugi.
10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah, atau dari
hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya
dan tanpa melaksanakan ajarannya.Firman Allah yang bermaksud:
Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling
daripadanya.Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada
orang-orang yang berdosa. (As-sajadah :22)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka. (Al-ahqaf :3)
Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tidak ada bezanya dalam
hukum, antara yang main-main (mempersendakan) atau bersungguh-sungguh
dengan sengaja melanggar ataupun kerana takut kecuali dipaksa oleh
seseorang yang zalim.Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara
yang mendatangkan kemurkaannya dan kepedihan siksanya.
Dipetik dan diterjemahkan oleh Tokanpuakajoran :
Petunjuk Untuk Jamaah Haji dan Umrah serta Penziarah Masjid Rasul Saw.
Oleh:
Direktor Jendral Urusan Penyelidikan Ilmu,Fatwa,Dakwah dan Kepimpinan Islam,
Riyadh, Saudi Arabia.
Cetakan:1984