TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday 21 May 2016

Sekitar Resepsi Perkahwinan Nurfarahin Syafiqah bt Minhat dan Muhammad Farid bin Alwi

Hari ini bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River berlangsung majlis resepsi perkahwinan putri kepada En. Minhat bin Khamis dan Puan Rohana binti Zainalabidin, Nurfarahin Syafiqah bt Minhad dengan pasangannya Muhammad Farid bin Alwi.

Majlis akad nikah dilangsungkan semalam, Jumaat bersamaan 20.5.2016 dan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan di hadapan juru nikah, Ustaz Abdul Hamid bertempat di Surau Salehuddin Al Ayubi, Taman Bukit Slim, Slim River selepas solat Jumaat. 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai dan keluarga. Moga-moga jodoh mereka berkekalan dan bahagia hingga ke Jannah.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء
وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ
مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Pemurah, ampunkanlah dosa-dosa kami, berikanlah taufik dan hidayah kepada kami dan orang-orang yang kami sayangi.

Ya Allah,janganlah palingkan hati kami setelah engkau berikan petunjukmu.Kurniakanlah kami rahmatmu.

Ya Allah, sesungguhnya kami berkumpul di sini kerana mengasihiMu dan mencari keredhaanmu.

Wahai Tuhan kami, tambahkanlah kami akan ilmu, hiasilah kami dengan ketenangan jiwa.Muliakanlah kami dengan sifat takwa.Perelokkanlah kami dengan akhlak yang terpuji.

Ya Allah, berkatilah majlis Resepsi Perkahwinan ini, limpahkanlah barakah dan rahmatMu kepada kedua-dua mempelai ini,(NURFARAHIN SYAFIQAH BT MINHAT) dan pasangannya (MUHAMMAD FARID BIN MUHAMMAD ALWI).

Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkan jodoh mereka hingga ke Jannah. Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan pernikahan ini. 

Ya Allah ya tuhan kami, kurniakan rahmat kepada pasangan pengantin agar kekal abadi, aman damai dalam menempuhi alam berumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki serta dilanjutkan usia serta mendapat syafaat  junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, satukanlah hati kedua-dua mempelai ini seperti Engkau satukan tanah dan  air, sepertimana Engkau satukan  hati Adam dan Hawa, Ibrahim dan Hajar serta Siti Sarah,Yusuf dan Zulaikha, Ayub dan Rahmah,Musa dan Safurah,Sulaiman dan Balqis,dan juga seperti Muhammad Saw dan Siti Khadijah. 

Semoga Allah memberi barakah kepada kalian dan keluarga kalian serta melimpahkan kita semua dalam kebaikan.













































1 comment:

  1. Casinos with Slot Machines - DRMCD
    What are the most popular casinos with 의정부 출장마사지 slots machines? — What 양주 출장마사지 are 충주 출장샵 the most popular casinos with 경상남도 출장샵 slots machines? Which casino sites 서귀포 출장샵 offer slot machine games? Do slot machines offer

    ReplyDelete

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS