Raja Pemerintah
Pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya.
Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh tidak sekali membenar dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang pertama. Walau bagaimanapun sekiranya tiada zuriat daripada benih Sultan yang Pertama yang difikirkan harus dipilih, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat Sultan yang kelapan belas yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada seorang pun yang demikian itu, maka hendaklah diutamakan seorang lelaki atau cucu lelaki daripada seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah yang tersebut.
Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dan lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. Setelah Raja Pemerintah dimasyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.
Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum melaksanakan haknya atau menjalankan tanggungjawabnya, bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran dianugerahkan mengikut adat Melayu.
Walau bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-raja Bergelar. Gelaran yang diberikan kepada Raja-raja Bergelar ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Bongsu, tetapi sekiranya berlaku di mana putera Raja-raja Pemerintah menaiki takhta Kerajaan setelah mangkatnya Raja Pemerintah ini adalah kerana putera itu memegang jawatan Bakal Sultan yang terkanan.
Pada kebiasanya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Bergelar Raja Kechil Besar dan seterusnya sehingga jawatan Raja Kechil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kechil Bongsu kepada Putera sulong Baginda.
Walau bagaimanapun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbang seseorang daripada peringkat atau peringkat am daripada mereka harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.
Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh tidak sekali membenar dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang pertama. Walau bagaimanapun sekiranya tiada zuriat daripada benih Sultan yang Pertama yang difikirkan harus dipilih, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat Sultan yang kelapan belas yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada seorang pun yang demikian itu, maka hendaklah diutamakan seorang lelaki atau cucu lelaki daripada seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah yang tersebut.
Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dan lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. Setelah Raja Pemerintah dimasyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.
Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum melaksanakan haknya atau menjalankan tanggungjawabnya, bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran dianugerahkan mengikut adat Melayu.
Walau bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-raja Bergelar. Gelaran yang diberikan kepada Raja-raja Bergelar ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Bongsu, tetapi sekiranya berlaku di mana putera Raja-raja Pemerintah menaiki takhta Kerajaan setelah mangkatnya Raja Pemerintah ini adalah kerana putera itu memegang jawatan Bakal Sultan yang terkanan.
Pada kebiasanya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Bergelar Raja Kechil Besar dan seterusnya sehingga jawatan Raja Kechil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kechil Bongsu kepada Putera sulong Baginda.
Walau bagaimanapun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbang seseorang daripada peringkat atau peringkat am daripada mereka harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.
01.Sultan Mudzaffar Shah I
(MARHUM TANAH ABANG)
SULTAN PERAK YANG PERTAMA
(1528 - 1549)

Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah I
SULTAN PERAK YANG PERTAMA
(1528 - 1549)
Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah I
Pada masa Sultan Mahmud Shah menjadi Sultan di Kampar, Negeri Perak masih belum mempunyai seorang Raja. Maka bermesyuaratlah seisi Negeri
Perak untuk memilih seorang Yang Di-Pertuan. Sidang mesyuarat bersetuju
dengan sebulat suara supaya Tun Saban dan Nakhoda Kassim pergi ke Kampar
mengadap Sultan Mahmud Shah memohonkan putera Baginda untuk berkerajaan
di Perak. Pada masa Kerajaan Melayu Melaka, Negeri Perak dengan Beruas
sebagai ibu negerinya tertakluk di bawah Melaka.
Sultan Mahmud
Shah telah mengurniakan putera dengan puteri Onang Kening anak Raja
Kelantan yang bernama Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Raja
Mudzaffar kemudian dikurniakan alat kebesaran (Baur) yang berupa sebilah
pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, sebuah cap (Cap Kayu Kempa)
yang berlorek perkataan "SULTAN MUHAMAD SHAH DZIL ALLAH FIL-ALAM", serta
Nobat dan Surat Chiri.
Selepas menerima titah ayahandanya untuk
berangkat ke Perak, Raja Mudzaffar pun bersiap dan menunggukan saat yang
baik untuk berangkat meninggalkan Kampar. Sementara itu Tun Saban
pulang ke Perak dan menyediakan 77 ekor gajah yang sarat dengan berbagai
persembahan dari penduduk Hulu Perak, lalu menuggu ketibaan Raja
Mudzaffar di Kuala Sungai Perak.
Raja Mudzaffar pun berlayar
bersama isterinya bernama Tun Terang, putera mereka Raja Mansur dan
pengiring-pengiring termasuklah Megat Teraweh Ibni Daulat Pagar Ruyong.
Baginda singgah di Kelang dan Siak kerana menziarahi keluarga Baginda.
Semasa di Kelang Baginda bertemu Nakhoda Tumi, iaitu orang Manjong yang
selalu berulang-alik berniaga dari Perak ke Kelang. Nakhoda Tumi pun
membawa Raja Mudzaffar ke Perak. Akhirnya bahtera kanaikan Baginda pun
sampai ke Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Dengan takhir Tuhan,
bahtera Baginda tersangkut pada beting, beberapa kali dilayarkan orang
tidak juga mahu terlepas. Apabila Baginda melihatkan hal demikian,
Baginda pun bersawab-sawab titahnya:-
"Sekongkong Tanah Minngkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka
Jika sah Beta Raja berdaulat
Lepaskan sekalian malpetaka"
Maka disahut oleh Tuan Saban dengan sekalian hamba rakyat menanti di
situ dengan teriakan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali. Setelah itu
bahtera kenaikan Baginda pun terlepaslah masuk muara lalu ke suatu
tempat, dilihat Baginda seorang budak lelaki menangis disisi mayat
seorang budak yang lebih kurang umur dengannya. Baginda bertitah, "Hai
budak, siapakah yang terbaring disisi mu itu". Budak itu menyembah, dan
menjawab bahawa yang mati itu ialah abangnya sendiri yang telah
ditikamnya dengan keris kerang setelah abang itu mengolok-ngolok
pertanyaannya.
Setelah Raja Mudzaffar Shah mendengar perkataan
budak itu, maka tersangatlah kasihan hati Baginda lalu Baginda pun
menerangkan maksud perkataan abang budak itu yang sebenarnya. Titah
Baginda, "Ada pun makna jawapan abang mu itu, nama buluh yang kamu
tanyakan itu ialah Buluh Apa, bukannya ia mengolok-ngolokkan kamu". Ia
pun amat menyesal sebab membunuh abangnya tanpa usul perika. Ia pun
menghunus keris dari pinggangnya dan menikam keris itu ke dadanya. Kubur
kedua-dua adik- beradik itu terletak di tempat berlakunya peristiwa itu
di Tanah Abang.
Peristiwa sedih yang berlaku itu sangatlah
mengharukan hati Raja Muzaffar. Baginda pun mendarat di tempat itu lalu
menitahkan orang berbuat kota istana dan tempat itu pun dinamakan oleh
Baginda Tanah Abang. Setelah siap semuanya disekitar tahun 1528 Baginda
pun ditabalkan di bawah kelolaan Tun Saban. Baginda bergelar Paduka Seri
Sultan Mudzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah. Pada masa
pertabalan Baginda itu Tok Temong datang membawa persembahan sejenis
tangkal azimat bernama Mastika embun.
Apabila sudah menjadi
Sultan, Baginda Sultan Mudzaffar Shah pun memanggil Tun Mahmud (anak Tun
Isan Berakah dengan Puteri Siat) yang bergelar Seri Agar di-Raja yang
memerintah di Selangor supaya datang ke Perak dan dijadikan Bendahara
Perak yang Pertama. Tetapi Tun Mahmud kemudiannya dipaksa oleh Sultan
Alaudin Riayat Shah (adinda sebapa kepada Sultan Mudzaffar Shah) supaya
datang ke Johor.
Tidak berapa lama selepas menjadi sultan, Sultan
Mudzaffar Shah telah berselisih faham dengan Tun Saban. Tun Saban pun
membuat Kota kubunya di Temong. Punca perselisihan itu disebabkan oleh
Sultan Mudzaffar Shah yang berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama
Tun Merah untuk dijadikan gundek. Tun Saban tidak membenarkan. Baginda
pun memanggil Tun Saban ke Istana serta menitahkan beliau pergi beramu
(mencari kayu) di hutan untuk membuat Istana yang baru. Sepeninggalan
Tun Saban, datanglah orang-orang Raja memanggil Tun Merah dan dibawa ke
istana. Tun Saban pun terlalu marah dan kembali ke dalam hutan serta
ditebangnya sepohon kayu tualang yang amat tajam di pangkal dan
hujungnya. Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipuja selama tiga
petang berturut-turu, akhirnya batang itu pun terbang berpandu menimpa
istana Sultan Mudzaffar Shah menyebabkan banyak kerosakan berlaku.
Apabila Baginda ketahui perbuatan itu datangnya dari Tun Saban, maka
Baginda pun tersangat murka lalu memberi titah menawarkan pangkat
Bendahara kepada barang siapa orang-orang Baginda yang dapat membunuh
Tun Saban.
Megat Teraweh menyahut seruan Baginda itu lalu keluar
mencari Tun Saban dan mendapat tahu bahawa Tun Saban sedang berkubu di
Kuala Temong, dan boleh dilihat muncul di atas kubu tiga kali sehari, di
sebelah pagi berpakaian hijau, tengahari berpakaian putih dan sebelah
petang berpakaian merah.
Megat Teraweh tiba pada waktu petang dan
berjaya menembak Tun Saban dengan istinggar, terkena dada Tun Saban
tetapi tiada telap (tembus). Peluru itu jatuh ke tanah lalu diambil oleh
Tun Saban dan dilihatnya peluru itu bertulis perkataan "Inilah peluru
anak Raja Pagar Ruyong. Barang dimana ia terjatuh di situlah tuannya
menjadi Pembesar". Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai
dalam peperangan ini, lalu disuruhnya orang memangil Megat Teraweh.
Beliau diminta oleh Tun saban supaya berkahwin dengan puteri yang
bernama Tun Bongsu Bangsawan. Permintaan Tun Saban itu diterima dan
beliau dinikahkan di hadapan Tun Saban. Selepas itu Tun Saban pun
meninggal dunia dan dikuburkan di suatu tempat bernama Changkat Merah,
Hulu Perak. Beberapa orang dari cucu-cicit Tun Saban dilantik menjadi
orang Besar di Negeri Perak.
Baginda Sultan Mudzaffar Shah sangat
sukacita mendengar Tun Saban sudah mati. Megat Teraweh dikurniakan
gelaran Bandahara Paduka Raja, menggantikan Tun Mahmud. Sejak itu
jawatan Bendahara di negeri Perak berasal dari keturunan Megat Teraweh
dan hanya berakhir pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain,
Sultan Perak yang ke-15 apabila Bendahara Megat Abu Kassim meletak
jawatannya.
Sultan Mudzaffar Shah memerintah selama lebih kurang
27 tahun dan mangkat di Tanah Abang dengan gelaran "Mahrum Tanah Abang".
Baginda mula-mula bersemayam di Tanah Abang dan kemudian berpindah ke
Kota Lama Kanan, dekat bandar Kuala Kangsar. Baginda memerintah dari
tahun 1528 hingga tahun 1549. Putera baginda yang bernama Raja Mansur
dilantik ke Takhta Kerajaan Perak, bergelar Sultan Mansur Shah Ibni
Almarhum Ibni Almarhum Sultan Mudzaaffar Shah.
02.Sultan Mansur Shah
(MARHUM KOTA LAMA KANAN)
SULTAN PERAK YANG KEDUA
(1549 - 1577)

Makam Almarhum Sultan Mansur Shah I
Sultan Mansur Shah telah diputerakan di Bentan, Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka. Apabila Sultan Mudzaffar Shah pertama
mangkat pada tahun 1549 di Tanah Abang (Telok Bakang), lambor, Daerah
Perak Tengah, Baginda Sultan Mansur Shah dilantik menjadi Sultan Perak
yang kedua. Baginda kemudian berpindah bersemayam di Kampung Kan Kong
(Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak.
MENGIKUT
SEJARAH: Sultan Mansur Shah dengan diiringi oleh Bendahara Megat Teraweh
telah mudik ke Ulu Perak dan menetapkan di sebelah utara Negeri Perak
dengan Negeri Reman (Thai). Sempadan itu bertandakan sebuah batu bernama
Tapong yang dijadikan sempadan dan dinamakan Batu Belah, kerana
kononnya batu itu boleh dibelah oleh Baginda dengan pedang Baginda
sendiri. Perjanjian itu telah dipersetujui oleh Raja Negeri Reman hingga
ke ahkir tahun masehi yang ke-18.
Hasil daripada biji timah,
Kerajaan Perak menjadi kaya. Orang-orang Siam menyerang mengakibatkan
kekalahan di pihak Negeri Perak dan Pemantu Baginda Raja Ali terus
terbunuh. Negeri Perak terpaksa menghantar Bunga Emas pada tiap-tiap
tahun kepada Kerajaan Negeri Siam sebagai ufti dan membenarkan mereka
membeli timah tanpa sebarang cukai.
MENGIKUT SEJARAH ACHEH: Sultan Ali
Riayat Shah (Sultan Hussein), pemerintah Acheh telah dikatakan menyerang
Perak lalu mengalahkannya dan dibawa ke Negeri Acheh. Putera Sulung
Baginda yang bernama Raja Alauddin dikahwinkan dengan puteri Acheh
bernama Raja Puteri dan kemudiannya diangkat menjadi Sultan Acheh.
Setelah itu Kerajaan Acheh menghantar Sultan Mansur Shah menduduki
Takhta Kerajaan Negeri Perak yang menjadi takluk Kerajaan Acheh.
MENGIKUT
SEJARAH RAJA-RAJA PERAK: Sultan Mansur Shah dan isteri serta puteranya
tidak ditawan oleh Acheh melainkan Putera Sulung Bainda sahaja dibawa ke
Acheh menjadi Sultan Acheh. Kemudian barulah Sultan Acheh menghantar
orang-orangnya ke Negeri Perak mengambil Baginda Sultan Mansur Shah dan
isteri. Tetapi sebelum Sultan Mansur Shah dibawa ke Acheh, Baginda terus
beristerikan anak seorang Batin (Ketua Orang Asli) di Kuala Kinta dan
daripada keturunan anak Baginda dengan perempuan orang asli itulah
kononnya lahir "Panglima Kinta", Orang Besar Perak di Daerah Kinta.
MENGIKUR
SEJARAH PERAK: Sultan Mansur Shah telah mangkat di Negeri Perak pada
tahun 1577. Kemangkatan Baginda tidak diketahui dengan sahnya. Mengikut
cerita Baginda sedang Bersembahyang Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan,
tiba-tiba Baginda ghaib dan rakyat pun menyangkakan Baginda telah
Mangkat. Baginda digelar Marhum Kota Lama Kanan.
Sultan Mansur
Shah tidak mempunyai makam melainkan Batu Peringatan Sultan Mansur Shah
yang terletak di Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Batu Peringatan
ini merupakan sebuah nisan yang dipasang dengan perintah Sultan Idris
Murshidul 'adzam Shah (Sultan Perak ke-28) bagi memperingati Sultan
Mansur Shah yang hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid itu.
Masjid Kota Lama Kanan dibina semula dalam tahun 1916 menggantikan
masjid yang asal yang telah dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa
berlaku Perang Perak dalam tahun 1875-1876.
03.Sultan Ahmad Tajuddin
(MARHUM MUDA)
SULTAN PERAK YANG KETIGA
(1577 - 1584)

Makam Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Shah
Setelah mangkat Sultan Mansur Shah I (Marhum Kota Lama Kanan), Sultan
Perak yang ke-2, Orang-orang Besar Perak telah ke Negeri Acheh, mengadap
Sultan Acheh. Sultan Acheh telah menghantar seorang raja yang akan
menjadi Sultan Perak yang ke-3, bernama Raja Ahmad, iaitu adinda Sultan
Acheh (Sultan Aluddin Mansur Shah) yang bergelar Sultan Ahmad Tajuddin
Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah I. Baginda bersemayam di Jalong,
Daerah Kechil Sungai Siput, Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab tempat itu
selalu banjir, Baginda berpindah ke Geronggong, Mukim Pulau Tiga,
Kampung Gajah. Baginda menjadi Sultan pada tahun 1577 dan memerintah
selama lebih kurang tujuh tahun. Baginda mangkat pada tahun 1584
bergelar "Marhum Muda"
04.Sultan Tajul Ariffin
(MARHUM MANGKAT DI TEBING)
SULTAN PERAK YANG KEEMPAT
(1584 - 1594)

Makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin
Raja Ariffin diangkat menjadi Sultan Perak keempat bergelar Sultan
Tajul Ariffin Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah Pertama, setelah
mangkatnya kekanda Baginda, Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Marhum Muda).
Sultan Ariffin bersemayam di Pulau Semat dan memerintah dari tahun 1584
sehingga tahun 1594. Setelah Baginda menaiki takhta Kerajaan Perak,
kekanda Baginda yang menjadi Sultan Acheh, Sultan Alauddin pun mangkat
dan seisi Istana pulang semula ke Negeri Perak.
Sultan Tajul
Ariffin memerintah Negeri Perak selama 10 tahun dan mangkat di Pulau
Semat pada tahun 1594. Makam Sultan Perak yang Keempat ini terletak di
atas Pulau Semat, Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar kira-kira 3 km ke
hilir dari pekan Manong bergelar "Marhum Mangkat di Tebing". Makam
Baginda di Pulau Semat itu dianggap keramat. Di sebelah makam ini
terdapat makam isteri Baginda yang bernama Puteri Ajaib.
05.Sultan Alauddin Shah
(MARHUM MANGKAT DI DARAT)
SULTAN PERAK YANG KELIMA
(1594 - 1603)

Makam Almarhum Sultan Alauddin Shah
Sultan Tajul Ariffin, Sultan Perak yang ke-4 tidak berputera. Apabila Baginda mangkat di Pulau Semat, Orang-orang Besar Perak dengan nasihat
pemerintah Acheh telah melantik Raja Alauddin, putera Raja Inu menjadi
Sultan Perak yang ke-5, bergelar Sultan Alauddin Shah. Baginda adalah
cucu kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Perak Yang Ke-3.
Baginda
memerintah Negeri Perak dari tahun 1594 hingga 1603. Pusat pemerintah
Baginda ialah Bota. Semasa pemerintahan Baginda, Acheh masih lagi
menempatkan beberapa Orang-orang Besar Acheh bagi mengawasi dan
mentadbirkan Negeri Perak. Baginda Sultan Alauddin akhirnya mangkat pada
tahun 1603, bergelar "Marhum Mangkat Di Darat" Baginda dimakamkan di
tepi Sungai Perak, di hujung Pulau Bota. Oleh kerana makam itu hampir
jatuh ke dalam sungai, maka makam itu telah dipindahkan ke suatu tempat
di belakang kedai Bota Kanan, bersama makam Almarhum Sultan Ahmaddin
Shah, Sultan Perak yang ke-18.
06.Sultan Mukaddam Shah
Sultan Mukaddam Shah
SULTAN PERAK YANG KEENAM
(1603-1619)
Marhum mangkat di Acheh
SULTAN PERAK YANG KEENAM
(1603-1619)
Marhum mangkat di Acheh
07. Sultan Mansur Shah II
Sultan Mansur Shah II SULTAN PERAK YANG kETUJUH
(1619-1627)
Marhum mangkat di Acheh
(1619-1627)
Marhum mangkat di Acheh
08.Sultan Mahmud Shah
(MARHUM PULAU TIGA)
SULTAN PERAK YANG KELAPAN
(1627 - 1630)

Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah
Apabila Sultan Mansur Shah diturunkan dari takhta Kerajaan Negeri
Perak pada tahun 1627 oleh kerajaan Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam (Sultan Acheh) yang masih berkuasa ke atas Negeri Perak telah
melantik Raja Yusuf atau Raja Bongsu (Adinda kepada Sultan Mukaddam
Shah) menjadi Sultan Perak yang ke-8.
Mengikut sejarah, Raja
Yusuf telah ditawan oleh Acheh semasa Acheh datang menyerang dan
mengalahkan Perak di zaman pemerintahan Sultan Mukaddam Shah pada tahun
1619. Raja Yusuf tinggal di Acheh hingga tahun 1627 apabila Baginda
kembali bersama Orang-orang Acheh untuk menggantikan tempat Sultan
Mansur Shah. Setelah dilantik menjadi Sultan Perak Baginda diberi
gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda ditabal dalam tahun 1627 dan
bersemayam di Geronggong (sekarang Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga,
Daerah Perak Tengah).
Setelah memerintah lebih kurang tiga tahun,
pada tahun 1630 Baginda pun mangkat di Geronggong dan dimakamkan di
suatu tempat yang bernama Kampung Tok Melor (ke ulu sedikit daripada
makam yang ada sebarang ini). Makam ini kemudian dipindahkan ke Kampung
Pulau Tiga di Permakaman Almarhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Perak
yang ke-14. Almarhum digelar "Marhum Pulau Tiga".
09.Sultan Sallehuddin
Sultan Sallehuddin
SULTAN PERAK YANG KESEMBILAN (Marhum Mangkat di Kampar)
(1630-1636)
SULTAN PERAK YANG KESEMBILAN (Marhum Mangkat di Kampar)
(1630-1636)
Dimakamkan di Padang Changkat, Lambor Kanan, Perak Tengah.
10.Sultan Mudzaffar Shah II
(MARHUM JALILULLAH)
SULTAN PERAK KESEPULUH
(1636 - 1653)

Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II
Dengan mangkatnya Sultan Salehuddin Sultan Perak yang ke-9, di
Kampar pada tahun 1635, maka terputuslah zuriat Sultan-sultan Perak dan
Keturunan Raja-raja Melaka sebelah pihak lelaki. Oleh itu, Sultan
Iskandar Thani (Raja Mughal), Raja Acheh yang menjadi penaung kepada
Negeri Perak, telah menghantar Raja Sulong, iaitu Putera Raja Mahmud
Ibni Raja Ali Al-Ajali (Johor) dengan Tun Kechil anak Tun Isap Misai
(Bendahara Seri Maharaja Johor). Raja Sulong dilantik menjadi Sultan
Perak yang ke-10 bergelar Sultan Muzaffar Shah dan Baginda bersemayam di
Air Mati, Padang Changkat, Lambor Kanan.
Pada masa Baginda
memerintah, Tok Chandang anak Tok Changkat Piatu telah banyak membuat
jasa kebaktian kepada Baginda lalu dikurniakan gelaran Maharaja Kinta
dan isterinya Che Intan binti Tok Nyior Manis dikurniakan gelaran Tok
Puan (gelaran yang pertama kepada isteri Orang-orang Besar Negeri
Perak).
Pada tahun 1639 Belanda telah mendirikan loji di Tanjung
Putus, Kuala Sungai Perak tetapi dibinasakan oleh orang Melayu Perak.
Pada bulan Disember, 1650 Belanda dan Acheh telah berpakat membuat
perjanjian dengan Kerajaan Perak dan syarat-syarat itu adalah seperti
berikut:
- Orang-orang Perak mesti menjual bijih timah kepada Belanda dan Acheh sahaja.
- Orang-orang Perak tidak dibenarkan menjual bijih kepada orang-orang Eropah yang lain serta orang India.
- Kerajaan Perak hendaklah memberi tanah bagi orang-orang Belanda mendirikan loji.
- Kerajaan Perak hendaklah membayar wang sebanyak 50,000 rial kepada Belanda kerana gantirugi loji Belanda yang dibinasakan oleh orang-orang Perak di Tanjung Putus itu.
Dalam tahun 1651, loji orang Belanda di Kuala Sungai Perak tersebut
telah diserang dan dibinasakan oleh orang-orang Perak. Sejak itu
perniagaan Orang-orang Belanda di Negeri Perak terhenti.
Baginda
Sultan Mudzafar Shah II memerintah Kerajaan Negeri Perak dari Tahun 1636
sehingga tahun 1653. Baginda mangkat pada tahun itu dan dimakamkan di
Air Mati, Changkat, Lambor Kanan, bergelar "Marhum Jalilullah". Di
antara putera-putera Almarhum ialah Raja Mahmud dan Raja Mansur.
Mengikut
cerita orang-orang tua pada masa pemerintahan Baginda, berlaku penyakit
"Satawar" dan Bagindalah yang mengubatkan rakyat Baginda, sebab itu
dimakam Almarhum terdapat pokok satawar.
11.Sultan Mahmud Iskandar Shah
(MARHUM BESAR AULIA ALLAH)
SULTAN PERAK YANG KESEBELAS
(1653 - 1720)

Makam Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Shah
Setelah mangkat Sultan Mudzaffar Shah II (Marhum Jalilullah) pada
tahun 1653, putera sulung Almarhum yang bernama Raja Mahmud dilantik
menjadi Sultan Perak yang ke-11, bergelar Sultan Mahmud atau Muhammad
Iskandar Shah. Baginda bersemayam di Geronggong. Oleh kerana Baginda
tiada berputera, adinda Baginda Raja Mansur dilantik menjadi Sultan Muda
atau yang di-pertuan Muda Mansur Shah yang bersemayam di Pulau Tiga.
Yang di-pertuan Muda Mansur Shah ini berputerakan Raja Radin, Raja Inu,
Raja Bisnu, Raja Abdul Hamid dan Raja Su (Bongsu). Yang di-Pertuan Muda
Mansur Shah ini telah mangkat di Pulau Tiga lebih dahulu daripada
kekandanya Sultan Mahmud Iskandar Shah dan Marhum itulah yang disebut
"Marhum Mangkat Pulau Tiga". Sultan Mahmud Iskandar Shah mangkat dalam
tahun 1720 dan dimakamkan di Geronggong, dengan gelaran "Marhum Besar
Aulia Allah". Umur Baginda ialah kira-kira 120 tahun dan memerintah
Perak selama kira-kira 67 tahun.
Dalam tahun 1653 Kompeni Belanda
datang balik ke Negeri Perak dan telah membuat semula Perjanjian yang
telah dibuat oleh John Truijtman dengan Almarhum Sultan Mudzaffar Shah
II (Marhum Jalilullah). Perjanjian itu telah memberi sekeping tanah
untuk kompeni Belanda mendirikan Loji bagi gudang tempat Kompeni Belanda
menjalankan perniagaan. Kerajaan juga membayar ganti-rugi terhadap Loji
Belanda yang telah dibinasakan oleh orang-orang Perak dalam tahun 1651.
Perjanjian ketiga ini tidak berapa dipedulikan oleh Kerajaan Perak.
Timah-timah dari Negeri Perak lebih banyak dihantar ke Acheh dan
diseludup keluar untuk dijual kepada bangsa-bangsa lain. Akhirnya pada
tahun 1663 Kompeni Belanda meninggalkan Loji mereka di Negeri Perak.
Namun dua tahun kemudian Kompeni Belanda balik semula membuka logi
perniagaannya dengan dikawal oleh sebuah angkatan kapal perang yang
berpengkalan di Kuala Sungai Perak.
Pada tahun 1670 orang-orang
Inggeris menduduki Pulau Pangkor tetapi pihak Baginda di Betawi telah
mengarahkan Orang-orang Besarnya di Melaka supaya merampas pulau
tersebut dan membina sebuah gedong dan kota di sebuah Telok di bahagian
timur pulau itu. Di antara tahun 1676 dan 1677, beberapa kali
kapal-kapal Belanda belayar dekat pantai laut Negeri Perak dan juga
Kuala Sungai Perak tetapi mereka telah diserang oleh orang-orang Melayu.
Semasa
pemerintah Baginda seorang pengembang agama Islam dari Arab bernama
Syed Hussain Al-Faridz telah datang ke Perak untuk mengembangkan agama
Islam.
Dalam tahun 1690 sekumpulan orang-orang melayu yang
diketuai oleh Panglima Kulub telah menyerang Kota Belanda di Pulau
Pangkor menyebabkan Kompeni Belanda meningalkan tempat itu. Tiga tahun
kemudian sekelian pegawai Kompeni telah diperintah oleh pihak berkuasa
Kompeni Belanda supaya jangan menempatkan lagi askar Belanda di Pulau
Pangkor.
Dalam tahun 1700 Kerajaan Perak telah terlepas daripada
kekuasaan Acheh kerana Kerajaan Acheh yang diperintah oleh empat orang
Raja Perempuan sejak tahun 1641 tidak mempunyai kuasa lagi. Yang tinggal
di Negeri Perak ialah aturan-aturan Kerajaan cara Acheh, di antaranya
masih kekal sehingga kini.
"PANGKAT ORANG BESAR DELAPAN di Negeri
Perak kadang-kadang dipanggil juga "HULUBALANG DELAPAN". Masing-masing
memerintah suatu daerah atau jajahan di dalam negeri itu di bawah
perintah Sultan Perak. Aturan memakai gelaran Hulubalang sebagai
pemerintah sesebuah daerah itu mengikut aturan-aturan pemerintah di
Negeri Acheh, pada hal di tempat-tempat lain gelaran Hulubalang ialah
gelaran bagi perwira dalam pasukan perang. Di samping itu MUNDAM, nama
sejenis alat kebesaran Kerajaan Perak adalah berasal daripada bahasa
Acheh, Bahasa LAN yang bererti kampung.
Baginda Sultan Mahmud
Iskandar mangkat di Geronggong (Kampung Jawa, Pulau Tiga) dalam tahun
1720. Makam Baginda terletak di sebuah Permakaman, bersama dengan makam
Sultan Alauddin Mughayat (Riayat) Shah, Sultan Perak yang ke-12.
12.Sultan Alauddin Mughayat Shah
(MARHUM SULONG)
SULTAN PERAK YANG KEDUA BELAS
(1720 - 1728)

Makam Almarhum Sultan Alauddin Mughayat (Riayat) Shah
Pada tahun 1720 setelah mangkat
Marhum Sultan Marhud Iskandar Shah, anak saudara Almarhum yang bernama
Raja Radin, Putera Almarhum Yang di-Pertuan Muda Mansur (Marhum Mangkat
di Pulau Tiga) dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-12, bergelar Sultan
Alauddin Mughayat Shah. Baginda bersemayam di Geronggong. Adinda
Baginda Raja Inu bersemayam di Bernam dan dilantik menjadi Raja Muda.
Makam Almarhum terletak di permakaman yang sama dengan Makam Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11, di Kampung Jawa, Pulau Tiga, Daerah Kecil, Kampung Gajah.
Makam Almarhum terletak di permakaman yang sama dengan Makam Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11, di Kampung Jawa, Pulau Tiga, Daerah Kecil, Kampung Gajah.
13.Sultan Mudzaffar Shah III
(MARHUM HAJI ALLAH)
SULTAN PERAK YANG KETIGA BELAS
(1728 - 1752)

Makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah III
Pada tahun 1728, setelah mangkat "Marhum Sulong" (Raja Radin),
adinda Baginda Raja Muda (Raja Inu) yang bersemayam di Bernam diangkat
menjadi Sultan Perak yang ke-13, bergelar Sultan Mudzaffar Shah yang
ketiga. Baginda kemudian berpindah ke Berahman Indera (Bota Kanan).
Adinda Baginda yang bernama Raja Bisnu diangkat menjadi Yang di-Pertuan
Muda atau Sultan Muda, dan bersemayam di Pulau Tiga, Lambor. Yang di
Pertua Muhammad Shah ini berputerakan Raja Iskandar Raja Kimas, Raja
Alauddin dan Raja Bongsu.
Dalam masa pemerintahan Sultan
Mudzaffar Shah III, Orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Chelak,
Yam Tuan Riau yang kedua, dengan membawa orang-orang Bugis dari
Selangor, telah datang menyerang Negeri Perak. Negeri Perak berpecah
dua. Adalah dipercayai orang-orang Bugis menyebelahi adinda Baginda,
Yang di Pertuan Muda dengan disokong oleh beberapa Orang-orang Besar
Perak. Yang di Pertuan Muda Muhammad Shah diangkat menjadi Sultan,
bergelar Sultan Muhammad Shah. Maka dari tahun 1742 hingga 1743,
Kesultanan Perak berpecah menjadi dua.
Dari Pachat hingga ke Ulu
(utara) di bawah perintah Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di
Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah
perintah Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga. Tetapi tidak
beberapa lamanya kemudian kedua adik-beradik berbaik semula. Sultan
Mudzaffar Shah yang bersemayam di Kuala Kangsar dijemput balik oleh
Sultan Muhammad Shah bersemayam di Berahman Indera.
Dalam tahun
1743 seorang Raja Bugis bernama Daing Selaili bergelar "Haji Besar"
menawan beberapa orang Lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkan Lanun
tersebut kepada Sultan Mudzaffar Shah. Daing Selaili barkahwin dengan
adinda Baginda bernama Raja Tengah dan dilantik menjadi Mufti Negeri
Perak, kemudian menjadi Orang Besar Perak bergelar Maharaja Lela Tan
Lela Putera Panchong Ta' Bertanya. Daing Selaili juga menjadi Pengawal
peribadi Sultan.
Setelah Baginda Sultan Mudzaffar memerintah
selama 28 tahun (1728-1754), Baginda mangkat pada hari Jumaat, 7
Zulka'edah, 1167 dan bergelar "Marhum Haji Allah" Baginda mangkat di
Berahman Indera (Bota) dan dimakamkan di Kampung Selat, Bota Kanan .
14.Sultan Muhammad Shah
(MARHUM AMINULLAH)
SULTAN PERAK YANG KEEMPAT BELAS
(1744 - 1750)

Makam Almarhum Sultan Muhammad Shah
Nama Baginda yang sebenar ialah Raja Bisu, putera Yang di-Pertuan
Muda Mansur Shah (Marhum Mangkat di Pualu Tiga). Semasa kekanda Baginda,
Sultan Mudzaffar Shah III (Raja Inu) menjadi Sultan Perak, Raja Bisu
ialah Yang di-Pertuan Muda atau Sultan Muda bergelar Yang di-Pertuan
Muda Muhammad Shah. Baginda bersemayam di Pualu Tiga. Apabila kedua Raja
adik-beradik itu berselisih, maka Kesultanan Perak berpecah dua.
Peristiwa ini berlaku di sekitar tahun 1743, kedua Raja itu pun berdamai
semula.
Sultan Muhammad Shah mangkat pada tahun 1750, dahulu
daripada kekanda Baginda Sultan Mudzaffar Shah III. Baginda dimakamkan
berhampiran Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak yang ke-8 di
Pualu Tiga dan bergelar "Marhum Aminullah".
15.Sultan Iskandar Dzulkarnain
(MARHUM KAHARULLAH)
SULTAN PERAK YANG KELIMA BELAS
(1752 - 1765)
Makam Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain
Nama asal Baginda ialah Raja Iskandar, putera Almarhum Sultan
Muhammad Shah dan Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-15,
bergelar Sulatan Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Muhammad
Shah. Upacara pertabalan baginda berlangsung di Berahman (Bota) tetapi
selepas itu Baginda berpindah ke Pulau Chempaka Sari yang kemudiannaya
disebut Pulau Indera Sakti.
Baginda beristerikan Raja Budak
Rasul, puteri Almarhum Sultan Mudzaffar Shah III dan seorang kebanyakan
bernama Che Puteh Selamah binti Panglima Kinda Tok Paloh, bergelar
Paduka Maha Dewi, Raja Budak Rasul diangkat menjadi Raja Perempuan
Perak.
Baginda kemudian mengangkat Sharif Abu Bakar Jalaluddin
menjadi Bendahara, bergelar Bendahara Seri Maharaja menggantikan
Bendahara Megat Abu Kasim kerana baginda tidak berpuas hati dengan
pembinaan Istana di Pulau Indera Sakti. Kemudian Baginda memberikan pula
jawatan Bendahara itu kepada adinda Baginda, Raja Alauddin (Bendahara
Penyengat Hitam) dan bergelar Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja
Wazirul Kabir. Sejak itu jawatan Bendahara dipegang oleh Kerabat di Raja
sehingga lebih dua ratus tahun lamanya.
Pada masa pemerintaha
Sultan Iskandar Dzulkarnain ini berakhirlah keturunan Megat Abdullah
Bendahara Garang dan juga Megat Teraweh serta keturunan Megat Abu Kasim
Dato Hilang di Telok-Pulau Tiga.
Pada masa Baginda memerintah
Negeri Perak, Nakhoda Pusmah orang Haru dijadikan Laksamana, memerintah
Kuala Perak.bergelar Laksamana Orang Kaya-kaya, Tun Abdul Kahar orang
Minangkabau digelar Pakih Raja Indera Pahlawan, Seorang bangsa India
dikurniakan gelaran Raja Muktabar Khan dan Daing Tomatan Raja Belawan,
Orang Bugis dijadikan Orang Besar Baginda. Pada 17 Oktober 1765, Baginda
telah membuat surat perjanjian dengan Kompeni Belanda, diketuai
Komisaris Ary Verbrugge di Istana Baginda di Pulau Indera Sakti
berhubung dengan perniagaan bijih timah.Beberapa Orang-orang Besar Perak
mewakili Baginda, diketuai oleh adinda Baginda Raja Muda Perak (Raja
Kimas).
Ramai orang-orang India dan orang-orang cina membuka
perniagaan di Negeri Perak terutama di Bandar yang bernama "Bandar
Maamur" yang tidak berapa jauh dari Istana Baginda di Pulau Indera
Sakti. Negeri Perak berkembang dan makmur.
Baginda adalah seorang
Raja yang bijaksana, gagah perkasa dan rajin serta mengambil berat
tentang hal ehwal pemerintahan serta rakyat baginda. Baginda serta Raja
Perempuan Perak (Raja Budak Rasul) berangkat melawat ke merata-rata
tempat di Negeri Perak, terutama di tepi Sungai Perak sampai ke hulunya,
Sayong, Bukit Gantang dan lain - lain lagi. Sambil melawat, Baginda dan
Raja Perempuan Perak serta Orang-orang besar dan rakyat Baginda
berkelah di sepanjang Sungai Perak sampai ke Kuala, terus menyusur
pantai laut Negeri Perak.
Sebuah Undang-undang yang dipanggil
Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan telah digubal. Segala Hal ehwal
pentadbiran di Negeri Perak adalah berdasarkan Undang-undang tersebut.
Kisah
pemerintahan baginda ini terkandung dengan panjang lebar dalam Hikayat
Misa Melayu, karangan Raja Chulan bin Raja Abdul Hamid.
Baginda
memerintah Kerajaan Perak selama 14 tahun dari tahun 1752 hingga tahun
1765. Baginda mangkat di Pulau Indera Sakti dan dimakamkan di tempat itu
juga dan digelar "Marhum Kaharullah atau Marhum Kahar".
Makam
Almarhum terletan di Pulau Indera Sakti di Kuala Sungai Kinta,
berkualakan Sungai Perak, Mukim Bandar, Daerah Kecil Kampung Gajah.
Suntingan dari pelbagai sumber oleh : Tokanpuakajoran untuk TBS.
Suntingan dari pelbagai sumber oleh : Tokanpuakajoran untuk TBS.
salam boleh tak saya nak tau di mana makam isterinya che puteh mahadewi. sila hubungi sy 0173401810 pn nabila. Kerana ada pertalian sedara dan ingin sgt menziarahi tok2 moyang dahulu kala. terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam...saya amat tertarik dengan sistem pemilihan nasab waris untuk memilih seseorang sultan di negeri perak mengikut sistem giliran yg diamanahkan kepada majlis ahli dewan negara perak...tetapi saya terkilan dan tidak setuju serta kurang hormat kepada perlantik sultan yg dibuat kerana ahli-ahli pembesar-pembesar dan waris bergelar itu sendiri telah diatur terlebih dahulu dan pembesar-pembesar itu pula bukan nasab waris sebenar keturunan pembesar dan tidak faham adat-istiadat serta sejarah sebenar nasab waris keturunan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri perak...ini kerana waris-waris nasab keturunan raja-raja negeri perak yg ada ini bukan dari waris lelaki tetapi perempuan adakah sah untuk dilantik dan adakah berdaulat...bagi saya mudah sahaja yg ada sekarang yg bertahta di negeri perak ini tidak sah dan tidak berdaulat...tipu rakyat dan makan hasil harta haram tanah jajahan negeri perak...fikir-fikir kan lah benar atau tidak hanya allah yg akan tentukan satu hari nanti pembalasannya.
ReplyDelete