Bertarikh 26 April 2014 bersamaan hari Sabtu 26 Jamadilakhir 1435 H berlangsunglah Majlis Resepsi Perkahwinan antara Nor Shahida Binti Mohd Makros dan pasangannya Mohd Hanizan Bin Hj. Misron.
Majlis yang berlangsung dengan suasana yang tenang dan sederhana namun cukup meriah di kediaman ayahanda dan bonda mempelai perempuan,Tuan Mohd Makros bin Hj Tahir dan Puan Hashimah Binti Boyok di No.10, Jalan Orkid 5, Taman Bukit Slim,Slim River.
Majlis yang diadakan secara bergotong-royong mendapat kerjasama dan sokongan padu dari ketiga-tiga jawatankuasa utama Taman Bukit Slim,iaitu Jawatankuasa Penduduk yang diterajui oleh En. Abdullah, Jawatankuasa KRT yang diterajui oleh En. Yunus dan Jawatankuasa Surau yang dipimpin oleh En. Munasir serta warga TBS yang lain.

Tahniah,Semoga pengantin bahgia dan selamat berkekalan!