TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday 27 December 2013

Doa Sempena Perasmian SRS, KRT Taman Bukit Slim



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ  , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْم

 

Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan,

Sesungguhnya kami amat bersyukur dan menghargai kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami untuk menghadiri Majlis Perasmian Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Slim pada saat ini pada tarikh 24 Desember 2013.Sesungguhnya kami amat mengharapkan agar objektif yang ingin dicapai dalam majlis ini terkabul hendaknya melalui kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu.
يافتاح  ياعليم
Kurniakanlah kepada kami dengan akhlak dan pekerti yang terpuji, semoga dengan akhlak tersebut menjadikan kami penduduk dan warga taman yang bermaruah dan terbilang. Hindarilah diri kami dari akhlak yang tercela, moga-moga kami terselamat dari kehinaan dan kecelakaan. Justeru, hiasilah sikap perihatin, berkasih sayang, hormat menghormati dan bersatupadu agar kami bebas dari anasir-anasir yang cuba mengganggugugat dan dan melakukan kegiatan tidak bermoral dan jenayah di persekitaran kami.Perkenankanlah segala hajat hati kami. Iringilah segala tindakan kami dengan kesejahteraan, kedamaian dan keredhaan-Mu ya Allah.

Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati,
Kami warga Taman Bukit Slim  ingin memohon dari-Mu Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan melalui penghayatan visi dan misi Kerajaan Malaysia  dan Komuniti Rukun Tetangga dalam mengurus dan mengemudi organisasi KRT taman kami yang tercinta agar kami mampu memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang.

Ya Allah
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi,sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.

Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul ‘azmi yang telah diuji lebih jauh kesukarannya daripada ujian yang kami hadapi.

Ya Rahman Ya Rahim
Akhirnya jangan Engkau sia-siakan amalan hamba-hamba-Mu yang telah mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang masa mereka dalam mendokong dan menjayakan hasrat murni kami

ياقوي يامتين
Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan kebaikan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati.Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن
 
Diterbitkan oleh:Pustaka Puakajoran.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS