TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday 28 January 2014

Hati-hati, Penjenayah di Kawasan Kita

penjenayah bersenjata di hutan Behrang diburu
Mohd. Dzuraidi Ibrahim (dua dari kanan) bersama beberapa lagi pegawai polis menunjukkan gambar individu yang boleh membantu siasatan kejadian tembak menembak di Behrang dalam sidang akhbar di Tanjung Malim, semalam.

TANJUNG MALIM 28 Jan. - Polis melancarkan gerakan memburu sekumpulan dipercayai lebih daripada tiga penjenayah yang bersembunyi di dalam kawasan hutan sejak malam semalam selepas mereka melarikan diri kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Behrang dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, kumpulan berkenaan yang memiliki senjata api, melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mewah jenis Audi Q7 di Kilometer 379.1 Lebuh Raya Utara Selatan setelah dikejar polis dalam kejadian 7.40 malam.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika dikejar semalam dan tiada anggota polis atau orang awam yang tercedera.

"Kita telah melancarkan Ops Kesan dengan 68 anggota bagi memburu kumpulan penjenayah sejak pukul 12 malam semalam yang terdiri daripada Unit Anjing Pengesan (K9), anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim.

"Kita percaya kumpulan penjenayah ini masih bersembunyi di dalam kawasan hutan berdekatan Plaza Tol Behrang yang berpaya. Gerakan memburu mereka diperluaskan dalam lingkungan antara lima hingga 10 kilometer kawasan hutan tempat mereka dipercayai bersembunyi.

"Ops Kesan turut menemui sejumlah wang, kunci dan topi di kawasan yang terletak dua kilometer dari tempat kenderaan yang mereka tinggalkan. Tiada kesan darah dijumpai di kawasan yang kita jejak.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau IPD Tanjung Malim di talian 05-4526999," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, kata Mohd. Dzuraidi, polis menerima maklumat mengenai dua kes samun di Rawang, Selangor yang masing-masing melibatkan wang tunai RM5,000 dan sekeping cek bernilai RM17,000.

Katanya, polis berjaya mengesan kenderaan suspek menuju ke utara melalui lebuh raya yang kemudiannya secara tiba-tiba merempuh tiang penghadang pondok tol di Behrang, sebelum kenderaan berkenaan dipandu menghala ke arah pekan Slim River.
 
"Apabila tiba di hadapan IPD Tanjung Malim di sini, kenderaan yang dinaiki suspek membuat pusingan U dan menghala semula ke plaza tol Behrang setelah menyedari polis mengadakan sekatan jalan raya.

"Mereka memasuki semula lebuh raya menghala ke utara. Apabila tiba di plaza tol Slim River, kereta mereka terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza itu, yang menyebabkan mereka sekali lagi membuat pusingan U untuk menuju ke arah selatan di lebuh raya.

"Ketika ini suspek melepaskan tembakan ke arah polis sebelum melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan itu di tepi lebuh raya," katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun di daerah Taiping, Kerian dan Ipoh sejak penghujung tahun lalu.

Kata beliau, kenderaan yang dinaiki suspek didapati telah digunakan dalam satu kes samun di Aulong, Taiping pada 18 Januari lalu.

"Kita tidak pasti sama ada suspek tercedera semasa berbalas tembakan dengan polis namun tiada kesan darah ditemui di bahagian dalam kenderaan. Polis menemui lima bilah parang, pemotong besi, paket kecil dadah jenis syabu dan topeng muka," katanya.
 
Beliau berkata, polis juga sedang mencari seorang lelaki iaitu Mohamad Hanifa Abu Bakar berusia 31 tahun yang beralamat di Taman Anggerik Biru, Kuala Kangsar, yang dipercayai dapat membantu pihak polis menyiasat kes itu.

Polis buru tiga penjenayah

SLIM RIVER – Pihak polis sedang giat memburu tiga penjenayah yang dipercayai bersembunyi dalam satu kawasan hutan berdekatan Plaza Tol Behrang, dekat sini, selepas melepaskan beberapa das tembakan dalam satu kejadian, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, semua suspek yang disifatkan berbahaya kerana mempunyai senjata api itu, meninggalkan kenderaan pacuan empat roda jenis Audi Q7 di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan sebelum melarikan diri ke hutan itu, kira-kira jam 7.40 petang selepas dikejar polis.

Suspek tiba-tiba buat pusingan U

Menurutnya, tindakan kumpulan itu yang secara tiba-tiba membuat pusingan U setelah terperangkap dalam kesesakan lebuh raya berhampiran Tol Slim River mendatangkan rasa curiga sebelum polis mengejar kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun suspek melepaskan tembakan ke arah polis sebelum meninggalkan kenderaan mereka dan melarikan diri ke hutan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, kita menemui beberapa barangan kes termasuk lima bilah parang, alat pemotong, topeng muka dan dadah dipercayai syabu,” katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Dupeti Superintendan R Supramaniam dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Tanjung Malim, Asisten Superintendan Sila Kadong.

Difahamkan, kumpulan berkenaan cuba melarikan diri ke negeri ini setelah melakukan dua jenayah samun di Rawang, Selangor

Sebelum kejadian, kumpulan itu cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya berhampiran IPD Tanjung Malim sebelum melanggar sebuah motosikal polis yang berada di bahu jalan.

Mohd Dzuraidi berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kumpulan berkenaan ada kaitan dengan beberapa kes samun di Taiping, Kerian dan Ipoh.

“Kenderaan yang ditinggalkan itu juga kita syaki kereta samun yang berlaku di Taiping,” katanya.

Ops kesan dilancar

Hasil Ops Kesan yang digerakkan sejak semalam menemukan polis kepada beberapa barangan seperti topi, kunci dan duit kira-kira dua kilometer dari laluan utama, dipercayai milik suspek.
 
Mohd Dzuraidi berkata, pihaknya percaya, kesemua suspek berada dalam jarak antara lima hingga 10 kilometer di kawasan hutan itu.

“Kita gerakkan 60 anggota dalam operasi ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Gerakan perlu dilakukan segera kerana kita percaya suspek berbahaya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalty lebih berat) 1971,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meminta seorang individu dikenali Mohammad Hanifah Abu Bakar dari Kuala Kangsar tampil bagi membantu siasatan  polis berhubung kejadian itu.-SINARHARIAN.

Polis buru penjenayah berbahaya di hutan Plaza Tol Behrang

SLIM RIVER: Polis Perak menggerakkan pasukan 'Op Kesan' sejak malam tadi memburu sekumpulan penjenayah berbahaya dan dipercayai memiliki senjata api yang disyaki bersembunyi di kawasan hutan berpaya berdekatan plaza tol Behrang di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata kumpulan yang disyaki mempunyai lebih tiga orang suspek itu meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 pada 7.30 malam di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan untuk melarikan diri.
"Sebelum itu polis mengejar kenderaan terbabit dan apabila tiba di kawasan yang terletak tiga kilometer dari plaza tol Behrang, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum kita berbalas tembakan dalam keadaan berhati-hati terhadap orang awam," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim di sini hari ini.
Beliau berkata terdahulu IPD Tanjung Malim menerima maklumat berkenaan dua kes samun berlaku di Rawang, Selangor yang masing-masing melibatkan wang tunai RM5,000 dan sekeping cek bernilai RM17,000 pada 4.45 petang dan kenderaan suspek dikesan menuju ke utara melalui lebuh raya itu.
Pada 6.30 petang, kenderaan SUV berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu JGJ 7 itu dikesan merempuh tiang penghadang pondok kutipan tol di plaza Behrang menuju ke arah pekan Slim River, katanya.-KOSMO.

Monday 27 January 2014

Tanda-tanda Berlakunya Qiamat



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. الْقَارِعَةُ Hari Kiamat,
  2. مَا الْقَارِعَةُ apakah hari Kiamat itu?
  3. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
  4. يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran,
  5. وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
  6. فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ Dan orang-orang yang berat timbangan (kebaikan) nya,
  7. فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
  8. وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ Dan orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya,
  9. فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
  10. وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
  11. نَارٌ حَامِيَةٌ (iaitu) api yang bernyala-nyala dan sangat panas.

Surah al qariah, ayat 1-11.

Firman Allah dalam surah al-Hajj:ayat 7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastiakan datang, tidak ada keraguan padanya…”
Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)

Terdapat banyak tanda yang menunjukkan akan berlakunya hari Qiamat dan perkara ini telah dijelaskan dalam al Quran, kitab dan penulisan kebanyakan ulamak.Daripada penulisan dan catatan yang banyak itu dapatlah diperturunkan sebahagian daripada tanda-tanda tersebut. Tanda-tanda akan berlakunya hari Qiamat dibahagikan kepada dua iaitu tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar iaitu tanda-tanda akhir hampir kepada berlakunya hari yang amat menakutkan itu.
 
Tanda-tanda kecil qiamat.

Antara tanda-tanda kecil qiamat ialah muncul banyak fitnah, banyak terjadi pembunuhan, perbuatan hina merajalela, perbuatan keji dan kemungkaran seperti zina berlaku secara terang-terangan, berleluasa amalan meminum arak, perjudian, merasa bangga dengan perbuatan buruk yang dilakukan sehinggakan diibaratkan, orang yang berpegang teguh pada agamanya bagaikan menggenggam bara api.

Selain itu termasuk juga antara tanda-tanda kecil kiamat ialah dicabutkan ilmu dan kebodohan menjadi-jadi, bilangan kaum perempuan yang meningkat melebihi kaum lelaki dengan nisbah 1:50, sutra banyak dipakai oleh orang lelaki, ramai yang berlumba-lumba menjadi artis (penyanyi), seseorang melewati kuburan , lalu dia berkata, “Alangkah baiknya jika aku berada di tempat dia.”

Termasuk juga antara tanda-tanda kecil qiamat ialah muncul para da'i yang menyesatkan, para pemimpin yang menyimpang, amanat disia-siakan dengan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, kurangnya orang yang melakukan kebaikan, kemarau, sering terjadi gampa, banjir, harga barang menjadi tinggi (mahal), kaum perempuan keluar dengan menanggalkan pakaian-berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat).

Tanda-tanda lain ialah terjadinya peperangan yang melihatkan kaum Yahudi dan kaum muslimin. Akhirnya kaum muslimin membunuh mereka sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu pohon atau batu tersebut berbicara, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah! Ini orang Yahudi di belakang saya. Datanglah,bunuh dia!” Kecuali pohon Gharqad, karena sesungguhnya pohon Gharqad dikatakan pohon yang melindungi orang-orang Yahudi.

Di samping itu, termasuk tanda-tanda kiamat kecil ialah waktu berlalu terasa begitu cepat, sehingga setahun dirasakan seakan-akan hanya sebulan, sebulan seakan-akan hanya satu jam, dan satu jam bagaikan bara api yang membakar.

Termasuk pula di antara tanda-tanda kiamat kecil ialah melalaikan solat, banyak menurut hawa nafsu, orang pendusta dibenarkan, dan orang yang jujur didustakan, orang yang khianat dipercaya, orang yang jujur dianggap khianat. Al-quran menjadi lenyap (tidak diamalkan) yang tinggal hanyalah tulisannya, mushaf-mushaf dihias dengan emas, kaum perempuan menjadi hakim, dan masjid-masjid juga dihias indah dan dibangga-banggakan.

Tanda-tanda besar kiamat pula seperti berikut:

Terbitnya matahari dari arah barat

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kiamat tidak akan datang sebelum matahari terbit dari arah Barat. Apabila orang-orang melihat hal ini, maka semua orang yang ada di atasnya beriman. Hal ini pada saat tidak berguna lagi iman seseorang yang memang belum beriman sebelum itu, atau (belum) berusaha berbuat kebajikan dengan imannya itu.”

Kabut

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Maka Tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas yang meliputi manusia. Inilah adzab yang pedih.” (QS. Ad-Dukhan: 10-11)

Yang dimaksud dengan "Dukhan" dalam ayat ini ialah kabut tebal yang memenuhi antara langit dan bumi yang muncul sebelum kiamat datang yang mengambil nafas orang-orang kafir sehingga mereka hampir tercekik sedangkan bagi orang-orang mukmin seperti mengalami selsema. Kabut ini berterusan di muka bumi selama empat puluh hari.

Munculnya Dabbah (binatang) yang dapat berbicara dengan manusia

Di antara tanda-tanda kiamat besar ialah keluarnya Dabbah (binatang) dari dalam bumi yang dapat berbicara dengan manusia dengan bahasa yang fasih yang dapat dipahami oleh semua yang mendengarnya. Dabbah itu mengabarkan kepada mereka bahwa manusia dahulu tidak beriman kepada ayat-ayat Allah. Dabbah ini muncul di akhir zaman pada saat manusia telah menjadi sesat, mereka meninggalkan perintah-perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan menggabaikan agama yang benar. Lantas Dabbah berbicara kepada mereka, “Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat kami.” Dabbah ini keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa ‘alaihissalam dan cincin Nabi Sulaiman ‘alaihissalam. Hidung orang-orang kafir diberi cap dengan cincin. Dan wajah orang mukmin menjadi terang berkat tongkat tersebut sehingga dapat dikenali antara orang mukmin dan orang kafir.

Munculnya al-Masih Dajjal

Dia dinamai al-A’war ad-Dajjal karena dia buta sebelah mata kanannya. Fitnahnya merupakan fitnah terbesar yang menimpa orang-orang pada akhir zaman. Al-A’war ad-Dajjal tidak hanya mengaku dirinya sebagai nabi, bahkan dia juga mengaku dirinya sebagai tuhan. Muncul beberapa hal-hal yang luar biasa melalui kedua tangannya sebagai bentuk istidraj dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya dan sebagai ujian bagi para manusia. Dia berkata kepada langit, “Hujanlah!” Maka langit pun menurunkan hujan. Dia berkata kepada bumi, “Keluarkanlah tanamanmu dan kekayaan yang kau pendam!” Maka bumi pun mengeluarkannya. Dia dapat membunuh manusia lalu menghidupkannya kembali. Dia mengelilingi seluruh permukaan bumi. Semua daerah yang dia masuki pasti dia berbuat kerosakan di dalamnya kecuali Mekah dan Madinah. Dajal akan dihalang oleh malaikat yang menjaga dua kota suci tersebut.Diriwayatkan bahawa Dajjal akan muncul di sebuah kota yang bernama Asfihan. Pada awalnya dia diikuti oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi. Kemudian dia diikuti oleh orang-orang rendahan, orang-orang bodoh, dan seterusnya kebanyakan orang.Dajal berada di muka bumi selama empat puluh hari. Diriwayatkan sehari yang dilalui bagaikan setahun. Ada pula yang merasakan sehari bagaikan sebulan dan ada pula yang merasakan sehari yang bagaikan seminggu. Selebihnya, hari-hari sebagaimana hari-hari biasa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidak ada seorang nabi pun melainkan memberi peringatan kepada umatnya mengenai orang buta sebelah yang pendusta. Ingatlah bahwa dia buta sebelah. Sesungguhnya Rabb kalian tidak buta sebelah. Di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh semua muslim.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Maka, air yang dilihat oleh orang-orang sesungguhnya adalah api yang membakar. Sedangkan api yang dilihat oleh orang-orang, sesungguhnya adalah air yang dingin dan segar. Siapa-siapa di antara kalian yang menjumpai hal ini, maka hendaklah dia menjatuhkan diri pada sesuatu yang dilihatnya api, karena sesungguhnya hal itu adalah air segar yang baik.”

An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan,

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menuturkan tentang Dajjal pada suatu pagi. Baginda merendahkan tetapi juga meninggikan suaranya, sampai-sampai kami menduga bahwa Dajjal berada di satu sisi pohon kurma.” (Maksudnya, baginda merendahkan suaranya dengan menyebutkan bahwa dia buta sebelah dan di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’. Baginda juga memandang besar fitnah Dajjal karana mencakup hal-hal yang luar biasa. Maksudnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh mengganggap sudah hampir munculnya Dajjal. Baginda menggunakan intonasi yang berbagai-bagai, iaitu kadang-kadang merendahkan suaranya dan kadangg meninggikan suaranya sehingga kami menyangka bahawa Dajjah berada hampir dengan kami dan kami menganggap bahwa Dajjal berada di situ, di sisi pohon kurma. (Madinah).

Baginda bersabda, “Selain Dajjal yang lebih aku bimbangkan atas diri kalian. Apabila Dajjal muncul sedangkan aku masih ada di antara kalian, maka akulah yang akan mematahkan hujjahnya untuk membela kalian. Apabila Dajjal muncul dan aku sudah tidak ada dalam kalangan kalian, maka tiap-tiap orang mempertahankan dirinya sendiri. Allah yang menggantikan diriku atas setiap orang muslim. Dajjal adalah pemuda yang berambut keriting, matanya kuyu, seakan-akan dengan Abdul Uzza bin Qathan (seseorang yang binasa pada masa jahiliyah). Siapa-siapa bertemu dengannya, maka bacakan kepadanya bahagian pembukaan surat Al-Kahfi. Dajjal muncul di daerah antara Syiria dan Irak. Dia membuat banyak kerosakan di kanan dan di kiri. Wahai hamba-hamba Allah! Tetaplah (pada keimanan dan janganlah melencong darinya).” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Berapa lama dia berada di muka bumi?” Rasullullah ‘alaihi wa sallam menjawab, “Empat puluh hari. Yang sehari bagaikan setahun. Sehari lagi bagaikan sebulan. Dan sehari lagi bagaikan seminggu. Sedangkan hari-hari lainnya seperti hari-hari biasa.”

Kami kembali bertanya, “Wahai Rasulullah! Pada sehari yang bagaikan setahun, cukupkah bagi kami melakukan solat untuk sehari dalam hari tersebut?”

Baginda ‘alaihi wa sallam menjawab, “Tidak. Anggarkanlah kadar waktunya.”

Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah! Seperti apakah kecepatan Dajjal di bumi?”

Baginda‘alaihi wa sallam menjawab, “Bagaikan mendung yang ditiup angin. Dajjal mendatangi suatu kaum, lalu Dajjal mengajak kaum tersebut, kemudian mereka beriman kepadanya dan menerimanya. Lantas Dajjal memerintahkan langit untuk menurunkan hujan, maka langit pun menurunkan hujan. Dajjal memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tanaman, lantas bumi pun menumbuhkan tanamannya, sehingga binatang-binatang ternak mereka kembali di penghujung siang dalam keadaan yang sangat baik, bonggolnya besar, serta gemuk dan kenyang. Kemudian Dajjal mendatangi kaum lain, lalu mengajak kaum tersebut, dan ternyata kaum ini menolaknya (mereka masih teguh dengan ketauhidannya), lantas Dajjal lari dari kaum tersebut, lantas mereka mengalami kemarau (tidak ada hujan turun di wilayah mereka dan rerumputan menjadi kering). Tidak ada harta apa pun di tangan mereka dan mereka berjalan melewati reruntuhan, kemudian Dajjal berkata pada reruntuhan tersebut, ‘Keluarkanlah harta pendamanmu,’ maka harta pendaman reruntuhan tersebut mengikutinya sebagaimana ratu lebah. Selanjutnya Dajjal memanggil seorang pemuda yang sasa tubuhnya, lalu dia membelahnya dengan pedang menjadi dua bagian yang terpisah jauh sejauh lemparan, kemudian Dajjal memanggilnya lagi, lantas potongan tubuh itu menghadap dengan wajah yang berseri-seri sambil tertawa.

Dalam keadaan yang demikian, selanjutnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus Nabi Isa Al-Masih bin Maryam ‘alaihissalam. Baginda turun di menara putih sebelah timur Damaskus (Damsyik), mengenakan dua pakaian yang diwarnai, seraya meletakkan kedua tapak tangannya pada sayap dua malaikat. Ketika baginda menundukkan kepalanya, keringat bercucuran bagaikan permata. Orang kafir tidak mungkin mencium nafasnya kecuali langsung mati. Nafas beliau sampai sejauh mata memandang. Kemudian Nabi Isa mencari Dajjal sehingga baginda menemukannya di Bab Lud (nama tempat Syiria) lalu nabi Isa membunuhnya. Selanjutnya Nabi Isa mendatangi kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu beliau mengusap wajah-wajah mereka, beliau menjelaskan kepada mereka darjat mereka di syurga.

Dalam situasi demikian, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi wahyu kepada Nabi Isa ‘alaihissalam, ‘Sungguh, Aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku. Tidak ada seorang pun yang mempunyai kemampuan untuk memerangi mereka. Kumpulkanlah mereka ini ke bukit Tursina (Jadikanlah bukit Tursina sebagai benteng).’ Selanjutnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirim Ya’juj Ma’juj. Mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Orang pertama di antara mereka melalui danau Thabariyah, lalu mereka meminum airnya. Orang terakhir juga melaluinya, lalu mereka berkata, ‘Sungguh, tadi ada di danau ini banyak airnya.’ Nabi Isa ‘alaihissalam beserta sahabat-sahabatnya semakin terperangkap (المحاصرين),sehingga kepala sapi bagi salah seorang di antara mereka lebih baik dari pada seratu dinar (lantaran mereka sangat memerlukan makanan), kemudian Nabi Isa beserta sahabat-sahabatnya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Mereka memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar gangguan Ya’juj Ma’juj segera dihilangkan), lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirim cacing di dalam hidung unta dan kambing pada leher-leher mereka. Lantas mereka pun mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa ‘alaihissalam beserta sahabat-sahabatnya turun ke bumi. Ternyata mereka tidak menemukan tempat sejengkal pun di muka bumi kecuali dipenuhi oleh bau busuk. Lantas Nabi Isa beserta sahabat-sahabatnya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian Allah mengirimkan burung-burung sebesar leher unta. Burung-burung itu membawa bangkai Ya’juj Ma’juj lalu dilemparkan sesuai kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan hujan yang tidak dapat ditahan oleh tanah keras dan gandum. Maka, bumi pun dicuci bersih sehingga seperti kaca. Kemudian dikatakan kepada bumi, ‘Tumbuhkanlah buah-buahmu dan kembalikanlah berkahmu.’ Pada hari itu sekelompok orang memakan delima dan mereka berteduh dengan kulitnya, air susu sangat diberkahi. Bahkan, seekor unta yang hampir melahirkan mencukupi untuk sekumpulan orang yang ramai. Seekor sapi yang hampir melahirkan mencukupi untuk satu kabilah. Seekor kambing yang hampir melahirkan mencukupi satu suku. Dalam keadaan demikian, tiba-tiba Allah Subhanahu wa Ta’ala mengirimkan angin yang baik, lalu angin ini mengena mereka di bawah ketiak mereka, sehingga ruh setiap orang mukmin dan muslim dicabut. Yang masih tersisa tinggal orang-orang jahat. Orang-orang pun melakukan hubungan seks sebagaimana keledai (artinya, lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks secara terang-terangan di hadapan banyak orang bagaikan keledai). Maka, dalam kondisi demikian datanglah hari kiamat.” (HR. Muslim)

Turunnya Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam

Termasuk di antara tanda-tanda kiamat besar ialah turunnya al-Masih Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam. Alquran dan hadis-hadis telah menunjukkan hal ini. AllahSubhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Tidak ada seorang pun di antara ahli kitab yang tidak beriman kepadanya (Isa) menjelang kematiannya. Dan pada hari kiamat dia (Isa) akan menjadi saksi mereka.” (QS. An-Nisa: 159)

Ertinya, tidak ada seorang pun dari ahli kitab melainkan akan beriman kepada Nabi Isa ‘alaihissalam menjelang kematiannya dan pada hari kiamat Nabi Isa ‘alaihissalamakan memberi kesaksian kepada mereka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan sungguh, dia (Isa) itu benar-benar menjadi pertanda akan datangnya hari kiamat. Karena itu, janganlah kamu ragu-ragu tentang (kiamat) itu dan ikutilah aku. Inilah jalan yang lurus.” (QS. Az-Zukhruf: 61)

Sesungguhnya turunnya Nabi Isa ‘alaihissalam merupakan tanda-tanda kiamat sudah dekat. Terdapat beberapa hadis mutawatir mengenai turunnya Nabi Isa ‘alaihissalam. Sekarang ini Nabi Isa ‘alaihissalam hidup di langit. AllahSubhanahu wa Ta’ala mengangkat ruhnya dan jasadnya kehadirat-Nya. Beliau akan turun ke bumi sebagai hakim yang adil yang menetapkan hukum berdasarkan syariat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Asy-Syaikhani meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Dzat yang menguasai jiwaku. Sungguh, putra Maryam akan turun kepada kalian semua sebagai hakim yang adil. Lalu dia menghancurkan salib, membunuh babi, dan meniadakan pajak. Harta pun melimpah-limpah sehingga tidak ada seorang pun yang mau menerima (pemberian orang lain). Sehingga sujud sekali lebih baik dari pada dunia dan isinya.” Terdapat di dalam hadis-hadis shahih pula bahwa Nabi Isa ‘alaihissalam adalah orang yang akan membunuh Dajjal. Dan setelah misi Nabi Isa bin Maryam ‘alaihissalam selesai, beliau meninggal dunia, lalu kaum muslimin menyembahyangkan jenazahnya dan dimakamkan di kamar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang suci.

Keluarnya Ya’juj Ma’juj

Ya’juj Ma’juj disebutkan di dalam Alquran Al-Karim di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.Mereka berkata, ‘Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?’.” (QS. Al-Kahfi: 94)

Ya’juj Ma’juj merupakan kabilah dari keturunan Yafits bin Nuh. Mereka keluar di akhir zaman setelah dinding penghalang yang dibuat oleh Dzulqarnain jebol. Lantas mereka membuat kerusakan di muka bumi dengan berbagai macam tindakan keji dan kerusakan. Saking banyaknya, mereka memakan makanan dan tanaman apa saja yang dijumpainya dan meminum danau Thabariyah sampai seakan-akan tidak pernah ada airnya.

Keluar api yang menggiring manusia ke padang Mahsyar

Api ini keluar dari tanah ‘Adn, yaitu api besar yang menakutkan. Tidak ada sesuatu pun yang dapat memadamkannya. Api ini menggiring manusia ke padang Mahsyar.

Demikianlah antara tanda-tanda kiamat besar. Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menyelamatkan kita dari api dunia dan akhirat dan semoga Dia menyelamatkan kita dari kengerian kiamat berkat anugerah-Nya dan kemuliaan-Nya. Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Mahadekat.

Diadaptasikan dan diolah Tokanpuakajoran dari sumber asal : Hiburan Orang-orang Shalih, 101 Kisah Segar, Nyata dan Penuh Hikmah, Pustaka Arafah Cetakan 1

Artikel www.KisahMuslim.com.

Monday 13 January 2014

Sambutan Maulidurrasul Taman Bukit Slim dan Majlis Aqiqah

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.
We sent thee not, but as a Mercy for all creatures.   - alanbia ayah 107.

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


Tarikh : 14 Januari 2014 / 12 Rabiul Awal 1434
Tempat : Surau Sallehhudin Alayubi, Taman Bukit Slim.

Aturcara:
8.00 pagi : Gotong royong memasak. (Acara Aqiqah)
12.30 tengah hari : Ketibaan anak-anak yatim Baitul Mahabbah ( Mari bersalawat).
1.30 tengah hari : Solat Zohor berjamaah.
1.45 tengah hari : Jamuan makan.

7.30 malam : Solat Maghrib berjamaah.
7.45 malam : Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Ustaz Muhaimin (Ma'ahad Tahfiz Lubuk Katak, Tapah)

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

 ( Solawat )

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

TEKS MARHABAN

س : مَرْحَبًا يَا نُوْرُ الْعَيْنِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا
مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا

ج : مَرْحَبًا يَا نُوْرُ الْعَيْنِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا
مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا

س : طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْناَ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا
مِنْ ثَنِيَّاتِ الْوَدَاعِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا

ج : مَرْحَبًا يَا نُوْرُ الْعَيْنِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا
مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ مَرْحَبًا مَرْحَبًا يَامَرْحَبًا

س : وَجَبَ الشُّكْرُعَلَيْناَ مَرْحَبًا يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا
يَاهُ ماَ دَعاَ للهِ دَاعِ مَرْحَبًا يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا

ج : يَاهُ مَرْحَبًا يَا نُوْرُ الْعَيْنِ مَرْحَبًا يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا
يَاهُ مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ مَرْحَبًا يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا – يَا يَاهُ مَرْحَبًا

س : اَيُّهَا الْمَبْعُوْثُ فِيْناَ … مَرْحَبًا اَيْ جِئْتَ بِااْلاَمْرِ الْمُطاَعِ مَرْحَبًا

ج : مَرْحَبًا يَا نُوْرُ الْعَيْنِ … مَرْحَبًا اَيْ مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ مَرْحَبًا

س : كُنْ … كُنْ شَفِيْعًا … ياَحَبِيْبي مَرْ … مَرْحَبًا يَاهُ – مَرْ مَرْحَبًا يَاهُ
يَوْمَ حَشْرٍ – يَوْمَ حَشْرٍ وَاجْتِماَعِ يَاهُ يَوْمَ حَشْرٍ – يَوْمَ حَشْرٍ وَاجْتِماَعِ

ج : مَرْ … مَرْحَبًا يَا … نُوْرُ الْعَيْنِ مَرْ … مَرْحَبًا يَاهُ – مَرْ مَرْحَبًا يَاهُ
مَرْحَبًا يَا مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ يَاهُ مَرْحَبًا يَا مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ

س : رَبَّناَ صَلِّ عَلىَ مَنْ مَرْحَا … بًا يَا مَرْحَا … بًا يَا … مَرْحَبًا يَاهُ
حَلَّ فِى خَيْرِ الْبِقاَعِ مَرْحَا … بًا يَا مَرْحَا … بًا يَا … مَرْحَبًا يَاهُ

ج : مَرْحَبًا يَا نُوْرُ الْعَيْنِ مَرْحَا … بًا يَا مَرْحَا … بًا يَا … مَرْحَبًا يَاهُ
مَرْحَبًا جَدَّ الْحُسَيْنِ مَرْحَا … بًا يَا مَرْحَا … بًا يَا … مَرْحَبًا يَاهُ

س : وَاسْبِلِ السِّى … وَاسْبِلِ السِّتْرُ عَلَيْناَ اَيْ مَرْحَبًا يَا نُوْر – يَا نُوْرُ الْعَيْنِ
الله يَاهُ … يَاهُ … يَا … مُجِيْباَ كُلَّ دَاعِ يَاهُ – يَا مُجِيْباَ – يَا مُجِيْباَ كُلَّ دَاعِ

ج : مَرْ…حَبًاياَمَرْحَبًا يَا نُوْر – يَا نُوْرُ الْعَيْنِ اَيْ مَرْحَبًا يَا نُوْر – يَا نُوْرُ الْعَيْنِ
الله يَاهُ … يَاهُ … مَرْحَابًا جَدَّ الْحُسَيْنِ يَاهُ … مَرْحَابًا ياَ مَرْحَابًا جَدَّ الْحُسَيْنِ

س : اَنْتَ فِى كُلِّ جَمِيْلٌ وَجَمَالٌ ياَ مُطاَعِ

ج : مَرْحَبًاياَ نُوْر الْعَيْنِ مَرْحَابًا جَدَّ الْحُسَيْنِ

س : قَدْ تَجَلَّيْتَ لِقَلْبِى مُسْفِرًا دُوْنَ الْقَنَاعِ

ج : صل الله على محمّد صل الله عليه وسلّم

س : وَرَضَعْنَ ثَدْيَ وَصْلٍ قَبْلَ اَيّاَمِ الرِّضاَعِ

ج : صل الله على محمّد صل الله عليه وسلّم

س : وَعَلَى عِشْقِ الْجَمَالِ طَبَعَ الله ُالطِّباَعِ
س : وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى اَحْمَدُ ماَ سَعَى للهِ ساَعِ

ج : صل الله على محمّد صل الله على وسلّم
رَبَّناَ صَلِّ عَلىَ مَنْ حَلَّ فِى خَيْرِ الْبِقاَعِ
وَاسْبِلِ السِّتْرَ عَلَيْناَ يَا مُجِيْباً كُلَّ دَاعِ
اَنْتَ فِى كُلِّ جَمِيْلٌ وَجَمَالٌ ياَ مُطاَعِ
قَدْ تَجَلَّيْتَ لِقَلْبِى مُسْفِرًا دُوْنَ الْقَنَاعِ
وَرَضَعْنَ ثَدْيَ وَصْلٍ قَبْلَ اَيّاَمِ الرِّضاَعِ
وَلَبِسْناَ ثَوْبَ عِزٍّ بَعْدَ تَلْفِيْقِ الرِّقاَعِ
وَعَلَى عِشْقِ الْجَمَالِ طَبَعَ الله ُالطِّباَعِ
اَحْمَدُ الْهَادِى مُحَمَّدْ صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى اَحْمَدُ ماَ سَعَى للهِ ساَعِ

Saturday 4 January 2014

Ancaman Baharu Kepada Penduduk Taman Bukit Slim


Dilihat beberapa ekor monyet mula menceroboh ke kawasan perumahan penduduk Taman Bukit Slim sejak kebelakangan ini.Monyet-monyet ini juga mula memasuki kawasan halaman rumah dan memakan hasil tanam-tanaman penduduk. Dipercayai monyet-monyet ini berkeliaran setelah kawasan mencari makanan terhad. Sebelum ini monyet-monyet ini mungkin mendapat makanan  daripada sisa buangan restoran berhampiran yang kini telahpun ditutup. Kepada penduduk diingatkan sentiasalah berwaspada terhadap haiwan ini. Diperhatikan haiwan-haiwan ini agak agresif dan tidak "takut" kepada manusia terutama kanak-kanak.

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS