Hari ini bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River berlangsung majlis resepsi perkahwinan putri kepada En. Minhat bin Khamis dan Puan Rohana binti Zainalabidin, Nurfarahin Syafiqah bt Minhad dengan pasangannya Muhammad Farid bin Alwi.
Majlis akad nikah dilangsungkan semalam, Jumaat bersamaan 20.5.2016 dan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan di hadapan juru nikah, Ustaz Abdul Hamid bertempat di Surau Salehuddin Al Ayubi, Taman Bukit Slim, Slim River selepas solat Jumaat.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai dan keluarga. Moga-moga jodoh mereka berkekalan dan bahagia hingga ke Jannah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء
وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ
مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Pemurah, ampunkanlah dosa-dosa kami, berikanlah taufik dan hidayah kepada kami dan orang-orang yang kami sayangi.
Ya Allah,janganlah palingkan hati kami setelah engkau berikan petunjukmu.Kurniakanlah kami rahmatmu.
Ya Allah,janganlah palingkan hati kami setelah engkau berikan petunjukmu.Kurniakanlah kami rahmatmu.
Ya Allah, sesungguhnya kami berkumpul di sini kerana mengasihiMu dan mencari keredhaanmu.
Wahai Tuhan kami, tambahkanlah kami akan ilmu, hiasilah kami dengan ketenangan jiwa.Muliakanlah kami dengan sifat takwa.Perelokkanlah kami dengan akhlak yang terpuji.
Ya
Allah, berkatilah majlis Resepsi Perkahwinan ini, limpahkanlah barakah dan rahmatMu kepada kedua-dua mempelai ini,(NURFARAHIN SYAFIQAH BT MINHAT) dan pasangannya (MUHAMMAD
FARID BIN MUHAMMAD ALWI).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkan jodoh mereka hingga ke Jannah. Sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan pernikahan ini.
Ya
Allah ya tuhan kami, kurniakan rahmat kepada pasangan pengantin agar kekal abadi, aman damai dalam menempuhi alam berumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki serta dilanjutkan usia serta mendapat syafaat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ya
Allah, satukanlah hati kedua-dua mempelai ini seperti Engkau satukan tanah dan air, sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Ibrahim dan Hajar serta Siti Sarah,Yusuf dan Zulaikha, Ayub dan Rahmah,Musa dan Safurah,Sulaiman dan Balqis,dan juga seperti Muhammad Saw dan
Siti Khadijah.
Semoga Allah memberi barakah kepada kalian dan keluarga kalian serta melimpahkan kita semua dalam kebaikan.