TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday 19 May 2016

Kejadian Pecah Rumah Masih Berlaku di TBS

Taman Bukit Slim - Awasi dan berhati-hatilah walau di mana anda berada. Kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kejiranan Taman Bukit Slim bagaikan tiada penghujungnya. 

Pada 18 May yang lalu, rumah salah seorang penduduk TBS mengalami kejadian yang sama ( gambar). Kejadian disedari oleh penghuni rumah tersebut setelah pulang dari kerja kira-kira pukul 5.00 petang.

Menurut Cikgu Halim, yang juga salah seorang tenaga pengajar di SMKA Slim River, pada ketika kejadian beliau berada di Bota atas urusan kerja manakala isteri beliau juga masih belum pulang dari bertugas di sekolah.

Diharapkan kejadian sebegini dapat dikurangkan dan dibanteras sama sekali dengan penglibatan dan kerjasama padu semua pihak termasuk pihak berkuasa, pasukan sukarela, jawatankuasa penduduk dan KRT.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS