TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday, 29 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta: Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan Bagi Seorang Muslim - Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang ke 57

 

"Maka akan  lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan."

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.- Petikan Surah al Maidah : ayat 3

Syukur Alhamdulillah, Insya Allah dua hari lagi iaitu pada setiap kali tanggal 31Ogos , kita akan menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan Negara. Pada kali ini kita sekali lagi akan menyambutnya iaitu ulang tahun kali ke 57. Satu nikmat yang wajib disyukuri, di isi dan dipertahankan.Sebagai seorang Muslim kita harus mengembalikan nilai kemerdekaan Negara ini dengan nilai-nilai Islam dari segenap sudut.

Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan dan kemerdekaan. Kemerdekaan sebenar ialah apabila kita sebagai individu mahupun secara bernegara mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan apabila syariat Islam dapat dilaksanakan. Islam satu agama yang memerdekakan manusia dari perhambaan kepada sistem-sistem manusia kepada hanya hidup dalam sistem Allah. Memerdekakan manusia daripada syirik kepada hanya mengesakan Allah. Memerdekakan manusia daripada menjadi tawanan hawa nafsu kepada pengabdian kepada Allah SWT.

Apabila Negara kita merdeka dan telah mengambil Islam sebagai teras dan diabadikan dalam perkara 3 (1) perlembagaan yang memaktubkan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”

Sepatutnya kita wajib memahami bahawa peruntukan undang-undang ini telah menyediakan tapak asas dan sebagai umat Islam yang menjadi majoriti penduduk Negara ini sepatutnya sepakat mengambil kesempatan berusaha dan menuntut supaya syariat Islam dan keindahan hidup dalam Islam dapat dilaksanakan di Negara ini demi untuk menikmati kemerdekaan sebenar.

Segala usaha untuk mempertikaikan kedudukan Islam di Negara ini mahupun segala usaha untuk menggalakkan penduduk Negara ini terlepas bebas dari hukum hakam agama atas nama perjuangan hak asasi manusia ataupun segala usaha untuk memaksa Negara ini memakai piagam-piagam antarabangsa yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam seperti hak untuk murtad mestilah dilihat sebagai langkah yang terkebelakang dan usaha untuk menjerumuskan semula Negara ini dan rakyat nya ke dalam penjajahan baru yang hanya bertukar wajah.

Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Negara masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha membangun semula, memulihkan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan beratus tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas, kini kita dihadapkan pula dengan jebakan penjajahan bentuk baru : penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, dominasi, globalisasi dan fahaman-fahaman yang sekilas seperti membawa kemajuan, namun telah meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan seperti liberalism, pluralism dan anti syariah.

Kita sebagai umat Islam sudah kehabisan masa untuk terus membazirkan kekuatan-kekuatan yang masih tersisa ini seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang , kekuatan politik yang masih di tangan umat Islam, kekuatan bilangan majority penduduk Negara ini tersedut habis ke dalam silang sengketa perebutan kuasa dan harta. Menang sorak kampong tergadai. Sebaliknya marilah kita seluruh umat Islam bersepakat meletakkan Islam mengatasi kepentingan lain sebagai pengisian utama kemerdekaan Negara agar kemerdekaan Negara benar-benar kemerdekaan yang hakiki iaitu apabila kita dapat menjalankan syariat dan hukum hakam Allah dalam kehidupan kita.

Fahmi Huwaidy mengungkapkan satu fenomena baru yang lebih buruk daripada penjajahan iaitu iaitu "perhambaan terselubung". Jika penjajahan lebih berupa perompakan kekayaan sesuatu bangsa tetapi perhambaan pula lebih berupa penguasaan terhadap diri sesuatu golongan. Situasi yang demikian juga dikenali sebagai fenomena sentiasa“berjiwa hamba” tetapi bukan hamba kepada Allah tetapi mempunyai minda tawanan yang sentiasa terpesong dripada kehendak agama.

Jika zaman dahulu bentuk perhambaan ialah pemerasan tenaga fizikal demi kepentingan tuannya maka perhambaan bentuk baru ini apabila yang diperas adalah otaknya dan pemikirannya.Maka akan  lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan.

Bahkan lahir golongan terpelajar peribumi yang terkurung dalam sistem dan orientasi barat sehingga tidak mampu memerdekakan diri dari sudut pandang , minda dan jiwa falsafah kehidupan barat seperti fahaman sekularisme, liberalism dan pluralism barat. Ibarat mereka ini “sarjana-sarjana” burung kakak tua yang hanya tahu meniru , tidak memiliki keaslian intelektual bahkan merelakan diri untuk dijajah selamanya.

Mari kita merdekakan diri dan mengisi kemerdekaan Negara dengan kembali kepada syariat Islam dan kita mulakan kesepakatan itu mulai sekarang.

Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya sebagai pembuktian kepada dakwaan bahawa kita sebagai orang yang bertaqwa. Kedegilan kita dari mentaati perintah Allah akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri kita sebagai individu, bahkan ia memberi kesan terhadap keamanan dan kesejahteraan Negara ini. Firman Allah SWT:

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ ﴿٦﴾

Maksudnya: Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka , umat yang lain? ( Surah Al-An’aam ayat 6).

فَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?
(QS: Al-Maidah Ayat: 50)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.
(QS: Al-Maidah Ayat: 57)

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.
(QS: Al-Maidah Ayat: 58)

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنْقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik?
(QS: Al-Maidah Ayat: 59)


قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. (QS: Al-Maidah Ayat: 60)

وَإِذَا جَاءُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَقَدْ دَخَلُوا بِالْكُفْرِ وَهُمْ قَدْ خَرَجُوا بِهِ ۚ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا يَكْتُمُونَ

Dan apabila orang-orang (Yahudi atau munafik) datang kepadamu, mereka mengatakan: "Kami telah beriman", padahal mereka datang kepadamu dengan kekafirannya dan mereka pergi (daripada kamu) dengan kekafirannya (pula); dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

Di Sini Kita Dilahirkan, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..... Pujangga  Arab telah bermadah,

اَلدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَة
"Dunia ini adalah ladang akhirat"

Kita semua telah mengetahui bahawa pada suatu hari nanti, kita akan mati. Kematian adalah pasti. Sesekali kita tidak akan mampu mengelakkannya walaupun berada di dalam bekas yang berkunci rapi. Kita akan kembali mengadap ALLAH S.W.T. membawa segala amal dan pegangan kita semasa di dunia. Beruntunglah orang-orang mensyukuri nikmat kemerdekaan dan menghayati nikmat kemerdekaan dan dapat pula melalui detik-detik berikut:

1. Hari-hari yang mereka lalui tanpa melakukan sebarang dosa.

2. Meninggalkan dunia (waktu menghembus nafas terakhir) beserta iman dan dapat mengucap Lailahaillallah (kalimah syahadah).

3. Selamat menyeberangi titian Siratal Mustaqim.

4. Ketika dimasukkan ke dalam syurga

5. Dapat melihat wajah Allah.

Wallahuaqlam....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara kali ke 57 - Tokanpuakajoran untuk Tamanbukitslim.blogspot.com.

Diolah daripada Teks Khutbah Jumaat negeri Perak 29 Ogos 2014 

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS