TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday 19 May 2016

Kejadian Ragut Melibatkan Warga TBS

 


Taman Bukit Slim - Belumpun hilang kerisauan terhadap kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kejiranan Taman Bukit Slim berlaku pula kejadian ragut yang melibatkan warga TBS.

Kira-kira pukul 8.40 malam tadi, salah seorang penduduk TBS yang juga jururawat di Hospital Slim River mengalami cedera yang agak parah akibat diragut oleh dua penjenayah yang menunggang sebuah motorsikal.

Menurut mangsa, pada waktu kejadian beliau juga menunggang motorsikal melalui jalan biasa yang dilaluinya untuk memulakan tugas sesi malam.

Ketika beberapa meter hampir sampai ke destinasi tiba-tiba beg yang disandangnya diragut menyebabkan beliau terjatuh dan tercedera. 

Inilah kejadian ragut yang kedua melibatkan warga TBS di lokasi yang sama. Pada tahun lalu seorang pekerja am wanita meninggal di lokasi tersebut akibat kejadian yang sama.

Beberapa orang wakil penduduk TBS sempat melawat mangsa di wad kecemasan hospital Slim River sejurus sebelum mangsa dihantar menjalani rawatan di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut.

Admin :  Semoga mangsa cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS