Keutamaan Solat Wanita dan Solat Tarawih
Artikel ini telah tersiar di dalam Majalah Fardu Ain Edisi 14Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak. Demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing.
Rasulullah s.a.w. tidak melarang para wanita pergi ke masjid berdasarkan hadis-hadis berikut:
عَن ِ ابْن ِ عُمَرَ رَضِيَ الله ُ عَنـْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلـّـَى الله ُ عَلـَيْهِ وَسَلـّـَمَ لاَ تَمْنـَعُواالنـِّسَاءَ مِنَ الـْخـُرُوْج ِ إ ِلـَى الـْمَسْجـِدِ بِاللـّـَيْلِ رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود والترمذي وعبد بن حميد وفي رواية لاَ تَمْنـَعُوا إ ِمَاءَ اللهِ مَسَاجـِدَ اللهِ
رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن خزيمة وأخرى لاَ تَمْنـَعُوا نِسَاءَكُمُ الـْمَسْـجـِدَ وَبُيُوْتُهُنّ َ خَيْرٌ لـَهُنَّ رواه أحمد وأبو داود وابن خزيمة
Daripada Ibnu Umar r.anhuma, beliau berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid
pada malam hari.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Abdu bin Humaid)
Di dalam satu riwayat: “Janganlah kalian mencegah wanita-wanita janda untuk pergi ke masjid.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)
Pada riwayat yang lain: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita untuk pergi ke masjid, tetapi di rumah lebih baik bagi mereka (untuk solat)
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)
Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik
daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan
memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali
ganda.
Sehubungan dengan itu, di dalam sebuah hadith diceritakan mengenai
seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah
SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu
secara berjemaah di masjid.”
Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah,
akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling
dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di
dalam rumahmu.
Mengerjakan
solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di
perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik
daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan
dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik
daripada datang ke masjidku.” (Hadis riwayat Musnad Ahmad)
Di dalam hadis yang lain ada menyebutkan:
عَن ِ ابْن ِ مَسْعُـوْدٍ رَضِيَ الله ُ عَنـْهُ عَن ِ النـّـَبـِيّ ِ صَلـّـَـى الله ُ عَلـَيْهِ وَسَلـّـَمَ قـَالَ صَلاَة ُ الـْمَرْأ َةِ فِيْ بَيْتِهَا أ َفـْضَلُ مِن ْ صَلاَتِهِ فِيْ حُجْر ِهَا وَصَلاَتِهَا فِيْ مَخْدَعِهَا أ َفـْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِيْ بَيْتِهَا رواه أبو داود وابن حزيمة وفي رواية لابن حزيمة إ ِنّ َ أ َحَبّ َ صَلاَةٍ تُصَلـِّيْهَا الـْمَرْأ َة ُ إ ِلـَى اللهِ فِيْ أ َشدِّ مَكـَان ٍ فِيْ بَيْتِهَا ظُلـْمَةً رواه ابن حزيمة
Maksudnya: Daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Nabi s.a.w.baginda
bersabda: ” Solat seorang wanita di ruangan rumahnya lebih afdal
daripada solatnya di ruangan luar rumahnya. Solatnya di biliknya lebih
afdal daripada solatnya di ruangan rumahnya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)
Di dalam riwayat yang lain: Sesungguhnya solat seorang perempuan
yang paling disukai Allah adalah solat yang dilakukannya di tempat yang
paling tersembunyi di dalam rumahnya. (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah)
Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha
sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang
diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka,
dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah
melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad
Abdur Razzaq)
Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika
Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat,
nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana
wanita-wanita Bani Israil.”
Pada bulan Ramadhan , terutama pada awal bulan, kita
dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk
menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai
melaksanakan solat tarawih bersendirian di rumah dan tidak hafal
bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat
tersebut. Ada juga yang berkata, “Senang solat di masjid, kita cuma
baca Fatihah sahaja, dapat jumpa kawan-kawan dan seribu alasan”
Cara-cara mengerjakan solat tarawih
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
Tidak ada hadis Nabi s.a.w. tentang bacaan surah ini. Segala bacaan
di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak
termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak
ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab
melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika
ditinggalkan.
Keutamaan Solat Wanita Dan Solat Tarawih
Kaum wanita memang dibolehkan ke masjid untuk untuk menuntut ilmu fardu ain sekiranya suami tidak mampu mengajar. Begitu juga wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya.
Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak
yang ditinggalkan pula selamat seperti anda mempunyai anak dara dan
teruna. Pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan puan-puan dan
tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan
puan-puan. Bagaimana pula dengan makan pakai suami?
Alangkah moleknya jika-jika kaum lelaki berduyun-duyun ke masjid
berkat galakan para wanita. Wanita pula bersolat pada awal waktu di
dalam bilik tidur masing-masing. Pada zaman Rasulullah s.a.w. hanya
lelaki yang diketahui benar-benar kemunafikannya sahaja yang tidak
bersolat di masjid.
Selain daripada itu, kaum wanita juga berpeluang mendapat pahala
melebihi kaum lelaki. Sekiranya lelaki mendapat pahala sebanyak 27
kerana solat berjamaah, puan-puan akan mendapat 28 pahala. Mengapa
lebih? Satu adalah pahala solat puan-puan, 27 pula adalah saham yang
puan-puan perolehi kerana menggalakkan mahram menunaikan solat
berjemaah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
مَنْ سَنّ َ سُـنـّـَة ً حَسَـنـَة ً فـَلـَهُ أ َجْرُهَا وَأ َجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَاإ ِلـَى يَوْم ِالـْقِيَامَةِ
وَمَنْ سَـنّ َ سُنـّـَة ً سَيِّـِئَة ً فَعَلـَيْهِ و ِزْرُهَا وَو ِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَاإ ِلـَى يَوْم ِ الـْقِيَامَةِ رواه ابن ماجه
Sesiapa yang menggalakkan satu kebaikan untuk diikuti dan
dilaksanakan oleh orang lain, maka orang yang menggalakkan juga mendapat
pahala sehingga hari kiamat.
Dan sesiapa menggalakkan sesuatu kejahatan lalu kejahatan itu diikuti
dan dilaksanakan oleh orang lain, maka orang yang menggalakkan juga
mendapat dosa sebagaimana orang yang melakukannya sehingga hari kiamat.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Galakkanlah mahram puan-puan dengan menyediakan peralatan mereka
untuk ke masjid seperti; baju untuk solat, serban, sugi, minyak wangi,
kunci motorsikal atau kereta dan lain-lain pada suatu tempat yang
khusus. Dengan cara ini, mereka mudah ke masjid dan puan-puan juga dapat
menunaikan solat pada awal waktu tanpa gangguan, insyaAllah.
Di bawah ini adalah panduan solat tarawih yang biasa dikerjakan di
masjid-masjid kerajaan Negeri Johor. Saya baru sahaja mengemaskininya
(Ramadan 1434 H / Julai 2013) dengan font ‘sakkal majalla’ yang lebih
kemas dan mudah dibaca.
Jika ada kelapangan masa, bolehlah puan-puan membaca wirid-wirid
selingan di antara solat-solat tarawih itu. Kelebihan membaca selawat
dan zikir-zikir tersebut ada di dalam banyak hadis. Ianya telah disusun
oleh para ulama’ untuk kemudahan kita mengamalkannya.
Wahai
kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran
Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara
beribadah, beraqidah dan berakhlak. Beramallah dengan cara yang terbaik
mengikut keutamaan. Mohon maaf jika terlanjur bicara.
Semoga ada
manfaatnya. Wassalam.
Rujukan:
1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.
3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
4. Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. 2007. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 1. Kedah: Pustaka Darussalam. m.s 71
5. Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. 2007. Kumpulan Hadis Nabawi Riwayat 10 Sahabat Jilid 2. Selangor: Halaqah Resources. m.s 53
6. Kapsul Hadith Radio IKIM.fm oleh Ustaz Haji Zamri Haji Zainal Abidin 7. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:
7.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
7.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
7.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
7.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
7.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
7.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
7.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
7.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
7.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
7.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
7.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.
Dimuaturun dari halaman http://arabmykrk.com/ disunting oleh : Tokanpuakajoran untuk Tamanbukitslim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment