TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday 6 April 2013

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI SURAU TAMAN BUKIT SLIM

Oleh : Bintu Darus

Hujan lebat kedengaran di luar Surau Taman Bukit Slim jam 3.00 petang tadi di mana berjalannya Program bacaan yassin dan tazkirah yang dipimpin dan disampaikan oleh Ustazah Nurmah binti Mahiram.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 06 April 2013. 
Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk taman dengan KEMAS memandangkan tiada aktiviti KEMAS yang wujud di taman ini. Selain itu, ianya bertujuan mendedahkan masyarakat berkenaan dengan KEMAS yang bukan sahaja mempunyai pendidikan pra sekolah, malah KEMAS juga mempunyai pendidikan kesejahteraan masyarakat dan pendidikan rohani.
Turut sama hadir dalam program ini Puan Sharifah bt Mohamed, MT Penyelia Pra-sekolah KEMAS Parlimen Tg. Malim.

Sumber : http://buletinkemasperak

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS