TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday 6 November 2013

Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman Atau Syahadah

Saudaraku seagama!

Ketahuilah, bahawa ada beberapa hal yang dapat membatalkan keislaman seseorang,dan yang paling banyak terjadi ada sepuluh perkara.Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Mempersekutukan Allah (Syirik) dalam ibadah.Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah niscaya Allah akan mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka,dan tiada seorangpun yanag akan dapat menolong orang-orang yang zalim.(Al-Maidah:72)

*Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati,begitu juga bernazar dan menyembelih korban demi mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah dengan meminta doa syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu.Yang melakukan hal tersebut,menurut kesepakatan ulamak (ijmak) adalah dihukumkan kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu-ragu akan kekafiran mereka,ataupun membenarkan fahaman (mazhab) mereka,dengan demikian itu mereka juga dihukumkan kafir.

4. Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad Saw itu lebih sempurna,atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum baginda itu lebih baik,sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah dan meminggirkan hukum Rasulullah.Maka yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.Sebagai contoh:

a. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan (perundangan) yang dicipta oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam (perundangan) tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja, tidak mengatur urusan kehidupan lain.

b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah (hudud) dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan) tidak lagi sesuai pada masa ini.

c. Berkeyakinan dan membolehkan menggunakan hukum selain hukum Allah dalam urusan muamalat syariat (perdagangan,pinjam-meminjam dan sebagainya) atau dalam menentukan Hukum Pidana, atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum itu lebih utama daripada Syariat Islam.Perkara yang demikian itu sebenarnya telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah menurut kesepakatan ulamak (ijmak).Setiap orang yang menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah dalam agama seperti zina,arak,riba dan penggunaan perundangan selain syariat Allah, maka menjadi kafirlah ia menurut kesepakatan ulamak (ijmak).

5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sebagai syariat baginda walaupun seseorang itu mengamalkannya (amalan tanpa redho hatinya), maka menjadi kafirlah ia seperti firman Allah yang bermaksud.

Demikian itu adalah disebabkan mereka benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka. (Muhammad:9)

6. Memperolok-olok atau mempersendakan sesuatu dari ajaran Islam ataupun terhadap pahala mahupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama, maka dihukumkan kafirlah seseorang itu.Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada Allahkah dan ayat-ayatnya serta rasulnya kamu sekalian memperolok-olok?Tiada erti mereka  meminta maaf kerana mereka kafir setelah beriman. (At-taubah:65,66)

7. Sihir, antara ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seseorang suami terhadap isterinya menjadi kebencian, begitu juga ilmu pengasih iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara "Syaitani". Maka sesiapa yang mengerjakan sihir atau menyukai dan rela dengannya maka dia juga dihukumkan kafir. Firman Allah yang bermaksud:

Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorangpun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir. (Al-baqarah:102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi Islam, firman Allah:

Dan sesiapa antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al-maidah:51)

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia dibolehkan tidak mengikuti Syariat Muhammad Saw, maka yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.Firman Allah yang bermaksud:

Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama(pegangan), maka tidak akan diterima dan pada hari akhirat mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.Firman Allah yang bermaksud:

Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya.Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (As-sajadah :22)
 Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka. (Al-ahqaf :3)

Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tidak ada bezanya dalam hukum, antara yang main-main (mempersendakan) atau bersungguh-sungguh dengan sengaja melanggar ataupun kerana takut kecuali dipaksa oleh seseorang yang zalim.Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaannya dan kepedihan siksanya.

Dipetik dan diterjemahkan oleh Tokanpuakajoran :
Petunjuk Untuk Jamaah Haji dan Umrah serta Penziarah Masjid Rasul Saw.
Oleh:
Direktor Jendral Urusan Penyelidikan Ilmu,Fatwa,Dakwah dan Kepimpinan Islam,
Riyadh, Saudi Arabia.
Cetakan:1984

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS