TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday 28 January 2014

Hati-hati, Penjenayah di Kawasan Kita

penjenayah bersenjata di hutan Behrang diburu
Mohd. Dzuraidi Ibrahim (dua dari kanan) bersama beberapa lagi pegawai polis menunjukkan gambar individu yang boleh membantu siasatan kejadian tembak menembak di Behrang dalam sidang akhbar di Tanjung Malim, semalam.

TANJUNG MALIM 28 Jan. - Polis melancarkan gerakan memburu sekumpulan dipercayai lebih daripada tiga penjenayah yang bersembunyi di dalam kawasan hutan sejak malam semalam selepas mereka melarikan diri kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Behrang dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, kumpulan berkenaan yang memiliki senjata api, melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mewah jenis Audi Q7 di Kilometer 379.1 Lebuh Raya Utara Selatan setelah dikejar polis dalam kejadian 7.40 malam.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika dikejar semalam dan tiada anggota polis atau orang awam yang tercedera.

"Kita telah melancarkan Ops Kesan dengan 68 anggota bagi memburu kumpulan penjenayah sejak pukul 12 malam semalam yang terdiri daripada Unit Anjing Pengesan (K9), anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim.

"Kita percaya kumpulan penjenayah ini masih bersembunyi di dalam kawasan hutan berdekatan Plaza Tol Behrang yang berpaya. Gerakan memburu mereka diperluaskan dalam lingkungan antara lima hingga 10 kilometer kawasan hutan tempat mereka dipercayai bersembunyi.

"Ops Kesan turut menemui sejumlah wang, kunci dan topi di kawasan yang terletak dua kilometer dari tempat kenderaan yang mereka tinggalkan. Tiada kesan darah dijumpai di kawasan yang kita jejak.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau IPD Tanjung Malim di talian 05-4526999," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, kata Mohd. Dzuraidi, polis menerima maklumat mengenai dua kes samun di Rawang, Selangor yang masing-masing melibatkan wang tunai RM5,000 dan sekeping cek bernilai RM17,000.

Katanya, polis berjaya mengesan kenderaan suspek menuju ke utara melalui lebuh raya yang kemudiannya secara tiba-tiba merempuh tiang penghadang pondok tol di Behrang, sebelum kenderaan berkenaan dipandu menghala ke arah pekan Slim River.
 
"Apabila tiba di hadapan IPD Tanjung Malim di sini, kenderaan yang dinaiki suspek membuat pusingan U dan menghala semula ke plaza tol Behrang setelah menyedari polis mengadakan sekatan jalan raya.

"Mereka memasuki semula lebuh raya menghala ke utara. Apabila tiba di plaza tol Slim River, kereta mereka terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza itu, yang menyebabkan mereka sekali lagi membuat pusingan U untuk menuju ke arah selatan di lebuh raya.

"Ketika ini suspek melepaskan tembakan ke arah polis sebelum melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan itu di tepi lebuh raya," katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun di daerah Taiping, Kerian dan Ipoh sejak penghujung tahun lalu.

Kata beliau, kenderaan yang dinaiki suspek didapati telah digunakan dalam satu kes samun di Aulong, Taiping pada 18 Januari lalu.

"Kita tidak pasti sama ada suspek tercedera semasa berbalas tembakan dengan polis namun tiada kesan darah ditemui di bahagian dalam kenderaan. Polis menemui lima bilah parang, pemotong besi, paket kecil dadah jenis syabu dan topeng muka," katanya.
 
Beliau berkata, polis juga sedang mencari seorang lelaki iaitu Mohamad Hanifa Abu Bakar berusia 31 tahun yang beralamat di Taman Anggerik Biru, Kuala Kangsar, yang dipercayai dapat membantu pihak polis menyiasat kes itu.

Polis buru tiga penjenayah

SLIM RIVER – Pihak polis sedang giat memburu tiga penjenayah yang dipercayai bersembunyi dalam satu kawasan hutan berdekatan Plaza Tol Behrang, dekat sini, selepas melepaskan beberapa das tembakan dalam satu kejadian, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, semua suspek yang disifatkan berbahaya kerana mempunyai senjata api itu, meninggalkan kenderaan pacuan empat roda jenis Audi Q7 di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan sebelum melarikan diri ke hutan itu, kira-kira jam 7.40 petang selepas dikejar polis.

Suspek tiba-tiba buat pusingan U

Menurutnya, tindakan kumpulan itu yang secara tiba-tiba membuat pusingan U setelah terperangkap dalam kesesakan lebuh raya berhampiran Tol Slim River mendatangkan rasa curiga sebelum polis mengejar kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun suspek melepaskan tembakan ke arah polis sebelum meninggalkan kenderaan mereka dan melarikan diri ke hutan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, kita menemui beberapa barangan kes termasuk lima bilah parang, alat pemotong, topeng muka dan dadah dipercayai syabu,” katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Dupeti Superintendan R Supramaniam dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Tanjung Malim, Asisten Superintendan Sila Kadong.

Difahamkan, kumpulan berkenaan cuba melarikan diri ke negeri ini setelah melakukan dua jenayah samun di Rawang, Selangor

Sebelum kejadian, kumpulan itu cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya berhampiran IPD Tanjung Malim sebelum melanggar sebuah motosikal polis yang berada di bahu jalan.

Mohd Dzuraidi berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kumpulan berkenaan ada kaitan dengan beberapa kes samun di Taiping, Kerian dan Ipoh.

“Kenderaan yang ditinggalkan itu juga kita syaki kereta samun yang berlaku di Taiping,” katanya.

Ops kesan dilancar

Hasil Ops Kesan yang digerakkan sejak semalam menemukan polis kepada beberapa barangan seperti topi, kunci dan duit kira-kira dua kilometer dari laluan utama, dipercayai milik suspek.
 
Mohd Dzuraidi berkata, pihaknya percaya, kesemua suspek berada dalam jarak antara lima hingga 10 kilometer di kawasan hutan itu.

“Kita gerakkan 60 anggota dalam operasi ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Gerakan perlu dilakukan segera kerana kita percaya suspek berbahaya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalty lebih berat) 1971,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meminta seorang individu dikenali Mohammad Hanifah Abu Bakar dari Kuala Kangsar tampil bagi membantu siasatan  polis berhubung kejadian itu.-SINARHARIAN.

Polis buru penjenayah berbahaya di hutan Plaza Tol Behrang

SLIM RIVER: Polis Perak menggerakkan pasukan 'Op Kesan' sejak malam tadi memburu sekumpulan penjenayah berbahaya dan dipercayai memiliki senjata api yang disyaki bersembunyi di kawasan hutan berpaya berdekatan plaza tol Behrang di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata kumpulan yang disyaki mempunyai lebih tiga orang suspek itu meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 pada 7.30 malam di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan untuk melarikan diri.
"Sebelum itu polis mengejar kenderaan terbabit dan apabila tiba di kawasan yang terletak tiga kilometer dari plaza tol Behrang, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum kita berbalas tembakan dalam keadaan berhati-hati terhadap orang awam," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim di sini hari ini.
Beliau berkata terdahulu IPD Tanjung Malim menerima maklumat berkenaan dua kes samun berlaku di Rawang, Selangor yang masing-masing melibatkan wang tunai RM5,000 dan sekeping cek bernilai RM17,000 pada 4.45 petang dan kenderaan suspek dikesan menuju ke utara melalui lebuh raya itu.
Pada 6.30 petang, kenderaan SUV berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu JGJ 7 itu dikesan merempuh tiang penghadang pondok kutipan tol di plaza Behrang menuju ke arah pekan Slim River, katanya.-KOSMO.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS