TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday 5 September 2014

Tugas Cegah Jenayah Adalah Tanggungjawab Polis,Orang Awam Tidak Boleh Buat Tindakan Secara Sendirian – Polis.

Bagaimanakah dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan JKKK yang terdapat di taman-taman perumahan dan kampung?Sudahkah keanggotaan mereka disaring dan didaftarkan?Apakah siapa-siapa "orang salah" yang sudah dibebaskan setelah menjalani hukuman (bekas) tidak boleh atau tidak dibenarkan menyertai aktiviti mengawasi keselamatan? Hanya sekadar cetusan hati.Tidak bermaksud memperkecil atau mempertikaikan usaha mana-mana pihak. - Admin.


Ampang Jaya: Lebih 20 anggota Unit Amal PAS yang merancang melakukan rondaan cegah jenayah sekitar Stesen LRT Pandan Indah di sini, malam tadi, diarah bersurai oleh polis kerana unit itu tiada kuasa melakukan tindakan sedemikian.

Kumpulan itu yang diketuai Ahli Dewan Undangan Nrgeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad, mulanya berkumpul di stesen berkenaan mulai jam 8 malaam, bagi melakukan rondaan kononnya selepas menerima aduan awam lokasi berkenaan kerap berlaku jenayah seperti samun dan ragut.

Ketua Polis Daerah Ampaang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, yang turun padang ke stesen LRT berkenaan bersama sepasukan anggota polis bagi memantau keadaan, mengarahkan kumpulan itu bersurai selepas melakukan perbincangan.

Dilarang buat rondaan

Beliau berkata, pihaknya tidak membenarkan anggota Unit Amal PAS membuat rondaan sebegitu kerana tugas mencegah jenayah adalah tanggungjawab polis dan orang awam tidak boleh membuat tindakan secara sendirian.

“Selepas mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan itu beredar dengan cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar dalam tempoh 15 minit.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri terhadap jenayah yang berlaku di kawasaan ini, kerana setiap laporan polis berhubung kejadian jenayah yang berlaku disiasat sewajarnya,” katanya.

Khairuldin berkata, pihaknya sudah menugaskan anggota membuat rondaan dan meningkatkan pemantauan dengan meletakkan anggota berpakaian preman di lokasi yang sering berlaku jenayah .

“Saya juga meminta Iskandar dan wakil Unit Amal PAS, datang berbincang dengan polis terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan yang ada kaitan dengan undang-undang.

“Kita juga tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya jika mereka (Unit Amal PAS) meneruskan niat melakukan rondaan cegah jenayah tanpa berbincang dengan polis, selepass ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Iskandar berkata, pihaknya menghormati araahan polis dan akan mengadakan perbincangan seperti diminta.- Berita Harian, Nasional – Khamis 4 September 2014.
 
Anggota Parlimen ditahan bantu siasatan kes PPS

GEORGE TOWN: Polis hari ini menahan Timbalan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Ng Wei Aik bagi membantu siasatan berhubung PPS yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Ng yang juga Anggota Parlimen Tanjung ditahan pada pukul 1 tengah hari ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

"Polis menahan Ng bagi membantu siasatan kes PPS mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Ng kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 6.45 petang.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sehari selepas itu, polis menahan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima RSN Rayer.
Sementara itu Mior Faridalatrash berkata kertas siasatan kes PPS yang dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) semalam dipulangkan semula kepada polis hari ini.

"Pihak KUP mahu polis lengkapkan beberapa perkara lagi," katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa lagi pemimpin PPS untuk membantu siasatan kes itu. - ASTRO AWANI.

Polis akan lakukan saringan terhadap semua anggota PPS - Zahid

Polis akan lakukan saringan terhadap semua anggota PPS - Zahid
ZAHID: Polis akan lakukan saringan terhadap semua anggota PPS - Gambar fail

JITRA: Polis akan melakukan saringan terhadap semua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat jenayah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli PPS yang mempunyai rekod bersih dan bebas daripada kesalahan jenayah, nama mereka akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Semua persatuan atau badan-badan bukan kerajaan berkaitan dalam soal keselamatan perlu tahu bahawa soal keselamatan termaktub dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan (anggota keselamatan).

"Tidak perlu ada badan-badan keselamatan lain ditubuhkan seolah-olah dibuat (diwujudkan) untuk cabar kerajaan persekutuan," katanya dalam sidang media selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu 2014 di dewan Institut Perguruan Darul Aman di sini hari ini.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh kerana pasukan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hasil siasatan polis mendapati empat yang ditahan itu positif dadah, 11 didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah antaranya ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan seorang  merupakan anggota kongsi gelap dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata orang ramai yang berminat menyertai pasukan keselamatan sukarela boleh menjadi anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Rakan Cop, Askar Wataniah dan Polis Komuniti.

Berhubung dakwaan kononnya Phee dilayan seperti penjenayah oleh pihak polis, beliau berkata Phee dilayan sebaiknya dan menjalani prosedur soal siasat seperti biasa.

"Beliau juga boleh membuat panggilan telefon," katanya.- ASTRO AWANI.

Admin: Bagaimana dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terdapat di taman-taman perumahan dan kampung?Sudahkah keanggotaan mereka disaring dan didaftarkan?Apakah siapa-siapa "orang salah" yang sudah dibebaskan setelah menjalani hukuman (bekas) tidak boleh atau tidak dibenarkan menyertai aktiviti mengawasi keselamatan?Bukankah minat dan tanggungjawab itu dua hal yang berlainan?

* Hanya sekadar cetusan hati.Tidak bermaksud memperkecil atau mempertikaikan usaha mana-mana pihak.

1 comment:

  1. Ada rela ,wataniah pun tak guna,kalau tak bayar mana mahu ronda.

    ReplyDelete

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS