TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday 6 October 2014

Sekitar Program Korban Taman Bukit Slim Sempena Aidil Adha 1435 / 2014

Salam Aidil Adha 1435.

Berkat kerjasama dan iltizam penduduk Taman Bukit Slim, akhirnya terlaksanalah program Korban sempena Aidil Adha 1435.Program dimulakan sejurus selepas solat sunat Aidil Adha di surau Salehhuddin al Ayubi, Taman Bukit Slim yang disertai masyarakat setempat dan diimamkan oleh En. Abdul Halim.

Pada malam sebelum Aidil Adha, penduduk setempat bergotong-royong melaksana kerja-kerja menyelenggara dan memasak daging lembu yang disumbangkan kakitangan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).Juadah tersebut dijadikan hidangan dan sajian kepada penduduk dan tetamu yang hadir pada program korban TBS 2014.

Tiga ekor lembu hasil permuafakatan penduduk setempat dan sekitar dikorbankan sempea Aidil Adha pada tahun ini. Program dikendalikan oleh jawatankuasa surau yang dipimpin oleh En. Munasir bin Abu Talib.

Daging korban kemudiannya diagihkan kepada masyarakat Islam setempat dan juga disumbangkan kepada anak-anak yatim SMK Dato Zulkifli Muhammad.

Pejabat Agama Islam Slim River turut menyubang beras dan barangan lain kepada anak-anak yatim tersebut.

En.Noorhishamuddin Ahmad Tajuddin, mewakili Iltizam Makmur Construction berkesudian menyumbang sebanyak 40 helai baju "T" untuk petugas program Korban 2014.

Pengerusi dan Ahli jawatankuasa Program Korban 2014 mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua petugas,penduduk setempat dan penyumbang samaada dalam bentuk kewangan,harta benda,tenaga dan juga buah fikiran hingga terlaksana program dengan jayanya.

Program ini adalah kali kedua dilaksanakan di sini. Pada tahun lalu sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan.Antaranya sumbangan Belati Wangsa dan ADUN kawasan Slim River, Dato Mohamad Khusyairi bin Abu Talib.

Diharap program seumpamanya akan dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah.























No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS