Wednesday, 06 May 2015 22:07
DULI Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan bersama Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak serta Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah bergambar sebelum Majlis Santapan Tengah Hari.
KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN, Rabu, 6 Mei. -
Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah sebagai Sultan Perak yang Ke-35 berlangsung hari ini
dengan Istiadat Tabal Adat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Darul Ridzuan, Malaysia.
Berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Ke-35 ialah Duli
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri
Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
DULI
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam duduk bersama Wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri, serta para tetamu khas Diraja di Istana Iskandariah.
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil peribadi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam duduk bersama Wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri, serta para tetamu khas Diraja di Istana Iskandariah.
Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Istana Iskandariah dijunjung oleh Orang
Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berbahagia Orang Kaya
Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Dato' Seri Diraja Tan Sri Mohd.
Zahidi bin Haji Zainuddin dan Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Temenggong
Paduka Raja Dato' Seri Wan Mohd. Fathir @ Wan Fadzir bin Wan Hussain,
sebelum beredar ke Bilik Persemayaman, DYTM dijunjung menandatangani
Buku Lembaran Kenangan.
DYTM dijunjung menandatangani Buku Lembaran Kenangan di Istana Iskandariah.
Di Bilik Persemayaman, DYTM dialu-alukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Dari Bilik Persemayaman, DYTM kemudiannya dijunjung berangkat masuk
ke Balairung Seri bagi menyertai Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku
Bainun; Yang Teramat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah
Darul Aman dan Yang Teramat Mulia Puan Temenggong Kedah; Pemangku
Sultan Pahang; Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri-Negeri dan Yang
Amat Berbahagia Toh Puan-Toh Puan; Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Malaysia dan isteri; Wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Permaisuri; serta para tetamu
khas diraja.
Ini seterusnya diikuti dengan keberangkatan masuk DYMM Paduka Seri
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak bersama Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak;
serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak dan Yang Amat Mulia Raja
Puan Muda Perak, keberangkatan masuk diiringi dengan paluan Nobat 'Lagu
Raja Berangkat'.
SUASANA
Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah sebagai Sultan Perak yang Ke-35 berlangsung hari ini dengan Istiadat Tabal Adat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Al-Maghfur-Lah sebagai Sultan Perak yang Ke-35 berlangsung hari ini dengan Istiadat Tabal Adat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Majlis Istiadat Pertabalan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci
Al-Qur'an dan diikuti pula dengan istiadat Membawa Masuk Naskhah
Al-Qur'an, di mana DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan
menerima senaskhah Al-Qur'an yang disembahkan oleh Yang Berbahagia Orang
Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.
Pemasyhuran Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudian
dibacakan oleh Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
dan disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan Istiadat Membawa Masuk 'Pedang Cura Si Manja Kini'.
Sejurus itu, sembah 'Daulat' dilaungkan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan Nobat Tabal.
Sejurus itu, Toh Seri Nara Di Raja mempersembahkan 'Mastika Embun'
dan menyunting 'Chap Halilintar' ke hadapan majlis DYMM Paduka Seri
Sultan Perak.
BACAAN Doa Selamat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ini diikuti seterusnya dengan Istiadat Pemasyhuran Penganugerahan
Gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak oleh Yang Amat
Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. DYMM Paduka Seri Sultan
Perak kemudiannya menyematkan 'Bunga Pencawa Pencara' kepada DYMM Raja
Permaisuri Perak. Sejurus itu, sembah 'Daulat' sebanyak tiga kali
dilaungkan dan diikuti dengan paluan Nobat.
Majlis Istiadat Pertabalan diteruskan dengan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia.
Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia dimulakan oleh DYTM Raja
Muda Perak Darul Ridzuan bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Perak
Darul Ridzuan dan diikuti dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak
Darul Ridzuan bagi mewakili kerajaan dan rakyat.
MAJLIS Santapan Tengah Hari sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
sebagai Sultan Perak yang ke-35 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
sebagai Sultan Perak yang ke-35 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan kemudian berkenan mengurniakan titah.
Majlis Istiadat Pertabalan ditutup dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak kemudian berkenan berangkat meninggalkan Balairung Seri.
Selesai Majlis Istiadat Pertabalan tersebut, DYTM Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat bersama-sama tetamu-tetamu khas
diraja yang lain ke Dewan Santapan bagi Majlis Santapan Tengah Hari.
SEBAHAGIAN tetamu-tetamu khas Diraja yang berangkat dan hadir di Majlis Santapan Tengah Hari.
Selesai Majlis Santapan Tengah Hari, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda
Mahkota berkenan berangkat meninggalkan Istana Iskandariah bersama-sama
tetamu-tetamu khas diraja yang lain.
Mengiringi keberangkatan DYTM ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato
Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei
Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang
Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji
Awang Mohd. Taha; Setiausaha Tetap di JPM, Awang Yahya bin Haji Idris
dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia kepada DYTM Paduka Seri Pengiran
Muda Mahkota, Dato Paduka Alikhan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato
Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. PAUTAN.
nice entry
ReplyDelete