TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday 17 November 2015

Mayat Tanpa Kepala di dalam Longkang Dipercayai Dipancung Berhampiran Taman Bukit Slim,Slim-River

[Image: 131115apen1.transformed_1.jpg]
ANGGOTA Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 menahan sebuah lori kontena yang dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh di Slim River awal pagi tadi. - Foto Supian Ahmad 
[Image: lornm.transformed.jpg]
IPOH: Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Jalan Kampung Batu 4, Slim River dekat Tanjung Malim berikutan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang tanpa kepala awal pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Goh Kok Liang, berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan di rumah bapanya di Kampung Air Jada, Gerik, petang tadi.

"Polis menemui sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter, satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.

"Satu guni plastik makanan anjing berwarna merah dan kuning serta di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menemui kepala manusia yang disyaki kepala mangsa di dalam beg sampah berkenaan.

Goh berkata pada 2.10 pagi tadi, mayat seorang lelaki ditemui di dalam longkang tanpa kepala di tempat kejadian.

"Bertindak atas maklumat unit anjing pengesan K9 dan forensik telah dihubungi untuk ke lokasi memberi bantuan.

Siasatan awal di tempat kejadian di Jalan Persekutuan (Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Batu 4, Slim River. Terdapat kesan darah di atas jalan raya sebelah kiri arah selatan (arah Slim River) berhampiran Taman Bukit Slim," katanya.

Mangsa dikenali sebagai K. Ganesan, 50, yang beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Ahmad Mat Isa, berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menahan sebuah lori kontena yang dipercayai digunakan suspek di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng beberapa jam sebelum dia ditahan.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai membawa kepala mangsa bersamanya, gagal dikesan dan pasukan forensik dibawa ke lokasi penemuan lori berkenaan bagi siasatan lanjut.

Difahamkan kedua-duanya bergaduh sebelum mangsa dipancung dan kepalanya dibawa suspek masuk ke dalam lori terbabit yang kemudian dipandu ke depoh di Simpang Pulai. - BERNAMA.

Komen Admin: Sesiapa sahaja boleh jadi pembunuh dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tanpa mengenal bangsa. Sentiasalah berwaspada.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS