TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Tuesday 15 October 2013

Perutusan Aidil Adha 1434 H Taman Bukit Slim

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraikan dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji.

"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan"

Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri.

Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3:

"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian"

Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam.

Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita.

Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar. Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.

ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS