TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Sunday 2 February 2014

Kebaikan Melaungkan Azan

Menurut Ustaz Adlan Abd Aziz dalam Majalah Solusi Isu 11 2010, seorang muazzin dilihat sebagai manusia biasa yang kerjanya ialah melaungkan azan ketika masuk waktu solat. Namun di sisi Allah nilai seorang muazzin seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim melalui sahabat yang bernama Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kalaulah manusia tahu kelebihan yang ada pada azan dan solat pada saf pertama, kemudian mereka tidak dapat melakukannya melainkan dengan undian, pasti mereka akan melakukan undian itu”.

Hadith di atas menggambarkan kemuliaan manusia yang melaungkan azan di sisi Allah dan agamaNya.
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda:

” Tidak ada seorangpun yang mendengar suara muazzin sama ada jin, manusia atau apa sahaja, melainkan akan menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat”

Dalam hadith lain Rasulullah SAW juga menyebutkan tentang syaitan yang bertempiaran lari apabila mendengar azan dilaungkan.

Kemuliaan azan ini bukan sahaja untuk dikumandangkan ketika masuknya waktu solat fardhu, malahan kutipan penulis daripada mangsa-mangsa yang menghadapi bencana ketika tsunami, mereka diselamatkan oleh Allah dari tenteraNya iaitu air, juga berkat dari laungan azan.

Begitu juga orang-orang yang mengalami gangguan jin dan syaitan apabila dilaungkan azan mereka menjadi tenang.

Menghadapi manusia yang zalim yang ingin menganiaya seperti kes rompak, cabul dan lain-lain bala yang tidak diduga juga diselamatkan oleh Allah berkat dengan laungan azan.

Melihat kepada mulianya azan, bukan sahaja dilaungkan di masjid dan surau, malahan azan juga patut dikumandangkan di rumah-rumah supaya mendidik anggota keluarga terutama anak-anak agar biasa mengumandangkan azan.

Sekian.
Wallahua’lamK

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS