TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday 13 July 2015

Salam Aidil Fitri 1436 - تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Alhamdulillah, tinggal sehari dua  lagi ummat Islam akan menyelesaikan ibadah puasa Ramadhan 1436. Setelah sebulan penuh berpuasa, maka insya Allah hari Jumat nanti kita akan memasuki bulan Syawal. Alhamdulillah, puasa tahun ini di negara kita tidak terlalu berat sebab meskipun pada lima belas hari awal Ramadhan agak panas, tetapi hujan turun sekali sekala selepas tempoh waktu itu, malah bertambah kerap pada penghujung Ramadhan.

Pada waktu-waktu begini kelihatan bertali arus ucapan berbentuk sms dan whatsapp dilontarkan saudara-mara,teman-teman dan kenalan bagi memberi ucapan selamat Hari Raya Idul Fitri.“Minal aidin walfaizin”, “Maaf zahir dan batin” dan sebagainya..

“Minal Aidin wal Faizin” adalah singkatan daripada sebuah doa yang selalu diucapkan ketika kita selesai menunaikan ibadah puasa iaitu : “Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin” yang artinya “Semoga Allah menerima amalan-amalan yang telah aku dan kalian lakukan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang kembali kepada fitrah dan mendapat kemenangan”.

Selain ucapan “minal adin wal faizin",  kita juga sering menerima ucapan sebagai berikut: Taqabalalallahu minna wa minkum, shiamana wa shiamakum, ertinya “Semoga Allah menerima amalan-amalan yang telah kita lakukan iaitu puasaku dan puasa kalian”.

Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:

كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibn Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab:

“Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)

اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ
“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)

Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorangpun, namun bila ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya. Kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat hari raya berkata sebahagiannya dengan ucapan (Lihat: Al-Mughni 2/295):

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.

Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi. 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi. 1/81) Antara ucapan selamat Hari Raya yang bid’ah ialah:
كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ
“Semoga setiap tahun kamu dalam keadan baik”.

مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ
“Semoga tergolong orang-orang yang berjaya dan diterima”.- Wallahhuaqlam.

P/s: Warga TBS, mohon ampun dan maaf ya jika terdapat salah dan silap sepanjang saya dan kalian menjadi penghuni kejiranan ini. Maaf ya! - Tokanpuakajoran.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS