TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday 24 May 2014

SAH, Dua sampel coklat Cadbury kandungi DNA babi


KUALA LUMPUR 24 Mei - Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine).

DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Ketika memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.

Dr. Noor Hisham berkata, ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan. - BERNAMA.

Cadbury recalls 2 products tested positive for pig DNA

KUALA LUMPUR: Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd has taken immediate action by recalling its two products which were tested positive for traces of pig DNA (porcine).

Its head of corporate affairs, Raja Zalina Raja Safran, said they were informed that only Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) analysed by the Health Ministry were tested positive for traces of porcine.

"No other Cadbury chocolates are affected by this test," she said in a statement here, today.

She said the company would like to reassure their consumers that all Cadbury Chocolates manufactured in Malaysia were halal-certified by JAKIM, including the locations and raw materials used in the production of these products.

"We are undertaking a full review of the supply chain to ensure all quality standards continue to be met.

"We employ stringent quality procedures to ensure that our products are of the highest standard of safety and quality," she said. - BERNAMA.

Tokanpuakajoran: Mencari yang halal itu kefardhuan oleh setiap Muslim.

Menurut Al-Qaradawi:

Halal bermakna sesuatu yang dibolehkan atau yang diharuskan yang telah gugur ikatan bahaya dan dibenarkan oleh syara’ (Islam)

Ayat 114 – 116 Surah Al-Nahl)

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (114) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (115) وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ  . 116
Terjemahan Ayat:

114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah.

115. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “Ini halal dan Ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

Pengajaran Ayat:
1. Perintah memilih makanan yang halal dan baik.
2. Mensyukuri nikmat Allah.
3. Pengharaman bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.

Hadith Yang Membicarakan Tentang Keperluan Mencari Makanan Halal.
 عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Daripada Amir berkata aku dengar Nu'man ibn Basyer (Abu Abdullah) r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas, di antara kedua-dua perkara tersebut ada perkara syubhat (samar) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Ssiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan Sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalam kawasan larangan itu.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila bahagian itu baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila bahagian itu rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahagian itu adalah hati. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.Yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :Tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.Syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).Tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.

4) Peranan Hati : Banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati).Hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.

Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan
terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.

Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS