TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday 26 May 2014

Makan Terlalu Banyak Boleh Menghilangkan Rasa Takut (Taqwa) Kepada Allah


Makan terlalu banyak akan menguatkan lagi nafsu dan sentiasa terarah 
kepada melakukan perkara yang jahat. - Gambar sekadar hiasan.

MENURUT Imam Al-Ghazali, perut yang kenyang walaupun dengan makanan halal tetap menjadi salah satu daripada pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia. Ini disebabkan rasa kekenyangan akan menguatkan dan membangkitkan syahwat sedangkan syahwat adalah senjata utama syaitan untuk berada di hati manusia.

Sikap terlalu banyak makan akan menghilangkan rasa takut kepada ALLAH SWT, menghilangkan kasih sayang sesama makhluk, berat hati untuk melaksanakan ketaatan dan menimbulkan pelbagai penyakit yang boleh menghalang kepada amal ibadah manusia.

Hati adalah raja kepada setiap tindak-tanduk manusia. Jika hati itu baik, baiklah segala tingkah lakunya dan sebaliknya.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw: “Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Shahih Bukhari)

Hati yang kotor dan mati pula adalah akibat daripada makan secara berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran. Sudah semestinya apabila sahabat kita adalah syaitan, maka segala perbuatan dan tingkah laku akan menurut sebagaimana yang dikehendaki syaitan.

Apabila terlalu banyak makan akan menguatkan nafsu dan sentiasa terarah kepada melakukan perkara jahat. Akibatnya kita malas untuk beribadah dan sentiasa berasa resah.

Apatah lagi makanan yang dimakan itu walaupun lazat tetapi tidak berkhasiat dan mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan sudah tentu menyebabkan kesihatan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit sekali gus, menghalang kepada amal ibadah.

Justeru, menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam memilih makanan halal lagi baik, dan sumber kewangan yang diperoleh untuk mendapatkan makanan juga adalah daripada yang halal.Seperti firman Allah:

Ayat 114 – 116 Surah Al-Nahl

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (114) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (115) وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ  . 116
Terjemahan Ayat:

114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah.

115. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “Ini halal dan Ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

Makanan berkat

Mencari keberkatan dalam soal makan dan minum penting kepada Muslim. Ini kerana keberkatan dalam makanan juga menjadikan hidup kita berkat.

Asas utama dalam soal keberkatan makanan ini semestinya lahir daripada fizikal makanan itu sendiri yang halalan tayyiba (halal lagi suci).

Meninggalkan yang haram adalah tanda takwa, manakala meninggalkan shubhah pula adalah realisasi sifat warak dalam diri Muslim.

Al-Junayd berkata, sucinya makanan, pakaian dan tempat tinggal daripada perkara yang haram akan memperelok lagi seluruh amalan dan perbuatan seseorang.

Berkat juga lahir daripada makanan yang berkhasiat, bernutrien tinggi dan selamat tanpa mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan dan akhirnya memperkuatkan tubuh badan kita untuk mencari rezeki dan melaksanakan pelbagai ketaatan yang lain lagi. Pendek kata, rezeki yang berkat ini sentiasa mengalir pahalanya.

Menurut al-Ghazali, perlu bagi seseorang berniat apa dimakannya itu untuk takwa kepada ALLAH dan melakukan ketaatan kepada-Nya.

Bahkan beliau turut menambah seseorang itu perlu berazam dalam dirinya untuk mengurangkan makan sekiranya mereka makan hanya untuk memberikan kekuatan, maka ia adalah ibadah. Ini kerana kekenyangan akan menghalangnya daripada beribadah dan tidak mampu menguatkan ibadahnya.

Adab makan dalam Islam

Kita dilarang sama sekali mencela setiap makanan yang dihidangkan kerana walau apa bentuk sekalipun makanan tersebut adalah rezeki yang dikurniakan ALLAH. 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata,


مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ 

“Nabi Shallallahu alaihi wa sallam tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Jika beliau mau, beliau makan, dan jika tidak suka, beliau meninggalkannya.” [HR al-Bukhoriy: 5409, Muslim: 2064 dan Abu Dawud: 3763. Berkata asy-Syaikh al-Albaniy: Shahih]

Keberkatan juga lahir apabila kita menikmati makanan secara berjemaah dan tidak secara sendirian terutamanya untuk menjauhi sifat tamak dan rakus. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Berkumpullah kamu untuk makan dan ingatlah nama ALLAH, nescaya kamu akan diberkati”. (Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)

Secara khususnya, adab makan dimulakan dengan membasuh tangan sebelum makan jika tangan kotor, memulakan makan dengan Basmalah dan niat untuk takwa dan taat kepada ALLAH, makan menggunakan tangan kanan, duduk di atas kaki kiri dan melipat kaki kanan ke perut, mengurangkan suapan dan memperelok kunyahan, tidak menyuap suapan yang lain jika makanan dalam mulut belum ditelan, menelan makanan dengan sedikit untuk tidak menampakkan kerakusan, mengucapkan Hamdalah setelah selesai makan, menjilat jari jemari setelah selesai makan lalu membasuhnya, serta makan secara tidak berlebihan dan tidak terlalu sedikit sehingga mengurangkan tenaga dan zat bagi perkembangan tubuh.

Berlapar, Tarbiyah jiwa

Islam itu indah. Nafsu manusia diurus dan dididik dengan sempurna. Oleh kerana itulah Islam mensyariatkan kepada umatnya untuk berpuasa bagi mengekang hawa nafsu mereka.

Puasa, langkah utama mengendalikan nafsu manusia bersesuaian sekali dengan maksud puasa itu sendiri untuk menahan diri daripada makan, minum, menjaga penglihatan, memelihara pendengaran, dan menjaga anggota badan daripada berbuat dosa.

Rasulullah SAW bersabda,

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: “Wahai golongan muda, jika antara kalian ada yang mampu berkahwin, maka berkahwinlah. Kerana itu sangat baik untuk memelihara penglihatan dan kemaluan. Dan sesiapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan penawar nafsu syahwat”. (Riwayat Bukhari)

Puasa atau berlapar adalah latihan jiwa dan benteng hawa nafsu yang terbaik bagi seseorang Muslim. Makan dan minum sekadar dapat membekali seseorang sehingga mampu menegakkan seluruh kewajipan yang diperintahkan. Makan dengan kadar demikian adalah wajib hukumnya.

Banyak makan selagi tidak terlebih batasan kenyang adalah dibolehkan dan berlebih-lebihan dalam makan adalah haram hukumnya. Berlapar bukan bermaksud tidak makan tetapi dengan mengurangkan kuantiti makanan dan mengurangkan waktu makan sebagaimana kebiasaannya tiga kali sehari.

Al-Ghazali menyatakan terdapat faedah yang besar daripada berlapar ini di mana antaranya ialah memecahkan syahwat dan maksiat serta menahan nafsu daripada melakukan sebarang kejahatan. Ini adalah kerana bermulanya sesuatu maksiat adalah dengan nafsu dan mengurangkan makan akan melemahkan nafsu tersebut.

Dengan berlapar juga dapat mencegah tidur dan meneruskan berjaga malam kerana orang yang banyak makan akan banyaklah tidurnya. Malahan, dengan mengurangkan makan akan menyihatkan badan dan mengelakkan penyakit daripada menyerang.

Ini kerana punca sesuatu penyakit kebanyakannya daripada tabiat banyak makan.

Bahkan apabila berlapar, hati juga akan mudah memiliki rasa ingin mengutamakan orang lain dan menghargai anak yatim serta orang miskin yang berada di sekelilingnya.Wallahuaqlam.

Disunting daripada pelbagai sumber oleh:Tokanpuakajoran untuk Tamanbukitslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS