TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday 29 May 2014

Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Dr. Raja Nazrin Muizzuddin Syah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah, Sultan Perak ke 35


Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Dr. Raja Nazrin Muizzuddin Syah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah, 58,telah dimasyhorkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang ke 35 sebentar tadi.

Upacara permasyhoran tersebut telah dilangsungkan di atas singgahsana yang diletakkan berhadapan dengan jenazah al Marhum Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 semalam.

Satu persidangan khas Dewan Negara Perak yang disertai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengadakan pertemuan dan persidangan untuk memilih sultan Perak yang baharu dan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), Menteri Besar dan mufti.

Dewan Negara Perak turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan.

Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) telah mempengerusikan sidang itu.

Mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah antara Raja Muda dan Raja di Hilir.

Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana daripada empat Raja Bergelar.

Keempat-empat Raja bergelar tersebut ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu. Kedua-dua kedudukan tersebut adalah kosong.
Dalam persidangan tersebut, Ahli Dewan Negara Perak telah memilih Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Shah sebagai DYMM Paduka Sultan Perak yang baharu.

Sebelum ini, Raja Dr. Nazrin Shah adalah Raja Muda dan Raja Di Hilir pula adalah Raja Jaafar Raja Musa.

Selepas Bendahara Sri Maharaja mengumumkan pelantikan, baginda sultan baharu (Raja Nazrin) menerima pelantikan tersebut dengan melafazkan "sumpah" ,menandatangani watikah seterusnya meletakkan tangan di atas keranda Almarhum Sultan Azlan Shah menandakan peralihan kuasa pemerintahan baharu negeri Perak.

Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak 3 kali bergema di ruangan Balairung Seri.

Doa selamat dibacakan oleh Sohibussamahah Dato Mufti.

1 comment:

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS