TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan Sultan Azlan: Dewan Negara Perak Akan Bersidang

Satu persidangan khas Dewan Negara Perak akan diadakan bagi melantik penganti Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Menurut Pengarang Adat Pusaka, Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Adib Vincent Tung Abdullah, pertemuan itu akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), Menteri Besar dan mufti.

Dewan Negara Perak turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan.

Adib berkata Bendahara (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) akan mempengerusikan sidang itu.

Beliau berkata mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah antara Raja Muda dan Raja di Hilir.

Katanya, Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana daripada empat Raja Bergelar.

Keempat-empat Raja bergelar tersebut ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu. Kedua-dua kedudukan tersebut adalah kosong.

Ketika ini, Raja Nazrin Shah adalah Raja Muda dan Raja Di Hilir pula adalah Raja Jaafar Raja Musa.

Kedua-dua calon ini akan meninggalkan bilik mesyuarat supaya ahli lain boleh membuat keputusan.

Adib berkata Bendahara akan mengumumkan pelantikan Sultan baru selepas beliau menerima pelantikan.

Tugas seterusnya bagi Dewan Negara adalah menguruskan upacara pengebumian.

http://jantantuya.blogspot.com/2009/03/raja-di-hilir-bakal-sultan-perak-ke-35_10.html
 

3 comments:

  1. salam. hai..al fatihah buat al-marhum..

    p.s menabung lacytacyd

    ReplyDelete
  2. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    ReplyDelete

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS