TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday 4 July 2014

Anak Guru Nyaris Dibawa Lari

Walaupun berita ini tiada kaitan dengan TBS namun paparannya sebagai ingatan dan langkah berjaga-jaga terhadap kejadian jenayah yang mungkin berlaku tanpa kita jangka.- Admin.


Laporan polis yang dibuat guru terbabit mengenai cubaan membawa pulang anaknya dari Pasti.

Oleh: M.FEISAL NORAWI
 
TEMERLOH – Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini membuat laporan polis apabila dimaklumkan seorang lelaki bermotosikal cuba membawa pulang anaknya dari pusat asuhan tunas Islam (Pasti) Taman Temerloh Makmur, pagi kelmarin.

Guru yang enggan identitinya didedahkan bergegas ke Pasti terbabit selepas dimaklumkan guru pengasuh Pasti tentang seorang lelaki cuba melarikan anaknya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika guru terbabit yang berusia 29 tahun berada di sekolah tempatnya mengajar dan dimaklumkan menerusi telefon mengenai kehadiran seorang lelaki menunggang motosikal cuba membawa pulang anaknya.

Bagaimanapun tindakan pantas guru pengasuh Pasti memaklumkan kejadian itu berjaya menyelamatkan cubaan melarikan kanak-kanak terbabit.

Isu tersebut menjadi bualan hangat dalam aplikasi Whatsapp dan tersebar secara meluas di sekitar daerah ini.

Sinar Harian menghubungi guru terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian tetapi dua panggilan dibuat pagi semalam tidak dijawab.

Beberapa petugas media kemudian ke rumah guru terbabit di Taman Temerloh Makmur tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Beberapa minit kemudian Sinar Harian dimaklumkan guru terbabit tidak mahu bertemu media.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Temerloh (DPPKT) melahirkan rasa syukur di atas komitmen guru Pasti dalam mendidik, mengasuh dan menjaga keselamatan pelajar.

Ketuanya, Zaharim Ishak berkata, Pasti antara pusat aktiviti pendidikan dan kebajikan Dewan Pemuda Pas Malaysia sememangnya mengutamakan aspek keselamatan.

“Setiap pelajar yang pulang akan dipastikan dijemput ibu bapa atau wakil yang disahkan ibu bapa.

“Merujuk kepada isu laporan polis berhubung kejadian berkenaan, DPPKT mengucapkan syabas di atas tindakan bijak lagi tepat guru terbabit dengan segera menghubungi ibu murid untuk pengesahan.

Menurutnya, DPPKT juga mengucapkan terima kasih kepada ibu murid terbabit kerana segera membuat laporan polis.

Usaha Sinar Harian mendapatkan pengesahan ketua polis daerah gagal namun laporan susulan akan dimaklumkan dalam masa terdekat - SINAR. Siaran berita pada : 4 Julai 2014.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS