TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Friday 4 July 2014

Sup Ekor @ Tulang

Gambar Google
Bahan-bahan:

1kg ekor / tulang segar
600gm isi daging.
 (Di rebus dalam periok dengan rempah kayu manis (2). bunga lawang(2), buah pelaga(5) dan bunga cengkih (4) halia & bawang putih. Titikan saja halia dan bawang putih.
Letakan daun pandan yang di ikat (3 ikat), garam secukup rasa selama 1.5 jam.)
1 inci halia dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1 labu bawang besar dikisar
1 cawan bawang merah goreng dikisar
1 biji buah tomato di hiris enam
Garam cukup rasa
1 sudu teh serbuk lada hitam kisar
2 tangkai daun sup @ saderi. Di hiris halus.
2 sudu besar mentega untuk menumis
2biji limau nipis(diambil jusnya)

Cara-cara:

Panaskan mentega, api yang serdehana. Goreng bahan-bahan yang di kisar dengan serbuk rempah dan daun pandan. Apabila baunya bangkit,masukan air stok daging rebusan - 6 cawan untuk kuah nya. Apabila sudah mendidih masukan ekor dan isi daging yang sudah di rebus empuk. Ambil 6 cawan air stok rebusan ekor. Tapis stok nya sebelum itu. Garam secukup rasa. Rebus lagi selama 10/15 minit. Biarkan mendidih, kemudian masukan buah tomato yang telah dihiris.Masukkan jus limau nipis.
Taburkan ke dalam supnya, daun sup & bawang goreng .
Sedia untuk dihidang.
 
Sumber : Encik Minhat TBS.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS