TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Saturday 19 July 2014

Gelandangan maut di stesen bas Tapah

IPOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui maut di stesen bas pekan Tapah dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat dibunuh tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa K.Singaram Chetiar, 37, yang beralamat di Pekan Getah, Jalan Tapah ditemui orang awam pada pukul 12 tengah malam.

"Siasatan mendapati selain kesan kelar di leher mangsa, terdapat juga kesan simbahan minyak hitam di bahagian mukanya. Kita percaya mangsa telah dikelar dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu tidak terdapat sebarang tanda pergelutan di tempat kejadian dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Mangsa ditemui dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri, katanya.

Som Sak berkata, mangsa sering tidur di sekitar kawasan perhentian bas dan bawah jambatan.

Mangsa juga didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau selain pernah dibuang daerah, katanya.

Beliau berkata, pihak polis telah menangkap tiga orang suspek lelaki berusia antara 36 dan 42 tahun bagi membantu siasatan.

"Ketiga-tiga suspek ditangkap di sekitar Tapah, masing-masing merupakan rakan mangsa dan pengawal keselamatan stesen bas tersebut,” katanya.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian dibantu unit anjing pengesan polis serta unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Mayat mangsa telah dituntut abangnya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tapah, katanya. - Bernama.

Polis tembak mati dua penjenayah

TEMERLOH - Polis menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembak di Jalan Kampung Bangau Tanjong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10 malam itu kedua-dua suspek yang dikehendaki polis tersebut cuba melarikan diri dan melanggar kereta kereta polis sebelum melepaskan tembakan kepada anggota polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya berjaya menahan seorang suspek yang turut berada dalam kereta sama pada kejadian tersebut.

Dia yang turut terkena tembakan pada bahagian betis kini dirawat Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS