TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday 28 July 2014

Hiasi Aidilfitri Dengan Amalan Nabi S.A.W


RAMAI daripada kita masih keliru antara adat dan syariat dalam menyambut Syawal pada hari ini. Tolong ustaz berikan pencerahan bagaimanakah sebenarnya cara menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagaimana yang dituntut syariat?

Jawapan
Hari raya adalah hari kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah SWT. Oleh itu, di dalam surah al-Baqarah ayat 185 menjelaskan tentang bulan Ramadan. Di hujung ayat tersebut dinyatakan tentang kesyukuran. Oleh itu, adalah jelas bahawa hari raya adalah hari kesyukuran.

Namun begitu, kesyukuran pada hari raya nampaknya diraikan dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Antaranya:

i. Ketidakhadiran di dalam solat Isyak berjemaah di surau dan masjid pada malam hari raya. Sebabnya mungkin kerana sudah tidak ada lagi solat sunat Tarawih. Ini bermaksud kehadiran pada bulan Ramadan hanya bagi melaksanakan satu perkara sunat iaitu solat Tarawih, sedangkan solat fardu berjemaah itu merupakan satu tuntutan agama. Ketidakhadiran dalam solat fardu Isyak berjemaah pada malam hari raya biasanya akan berlarutan pula pada solat Subuh pagi raya.

Maka sikap meremehkan solat fardu berjemaah adalah satu sikap yang tidak wajar. Sikap ini biasanya menjadi lambang, sama ada kita ikhlas beribadat dalam solat Tarawih atau tidak. Sekadar lambang dan petanda sahaja, bukannya satu kepastian. Ini kerana keikhlasan merupakan satu rahsia antara seorang hamba dengan Allah SWT.

ii. Selain itu, kesyukuran pada hari raya juga diraikan dengan pelbagai makanan yang enak. Perkara ini tidak salah. Ini kerana setiap tuan rumah mungkin menyediakan makanan yang berbeza. Namun sikap insan yang membalas dendam dengan makan apa sahaja makanan dalam kuantiti yang melampau adalah bentuk kesyukuran yang tercemar. Al-Quran berpesan agar kita makan dan minum tetapi tidak melampaui batas.

iii. Kesyukuran hari raya juga tercemar dengan perkara yang tidak patuh syariah. Contohnya pergaulan yang tidak mengenal batas yang ditetapkan hukum agama seperti lelaki perempuan berjabat tangan tanpa lapik. Begitu juga soal pakaian yang tidak menutup aurat dan sebagainya.

Ini adalah sekadar contoh bagaimana berlaku sedikit pencemaran di dalam sambutan hari raya. Oleh itu, sewajarnya kita mengenali apakah sunnah khusus yang baik yang dapat kita amalkan. Antaranya sebagaimana yang disebut dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu:

1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadat seperti solat, bacaan al-Quran, takbir, tasbih, istighfar dan sebagainya. Ia boleh juga dilakukan pada satu pertiga malam yang akhir. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa sesiapa yang menghidupkan malam raya dengan ibadat maka hatinya tidak mati pada hari matinya semua hati. Bertakbir dan membanyakkan takbir pada malam hari raya dan juga paginya adalah amat baik.

2. Mandi sunat hari raya. Waktu mandi sunat ini bermula pada separuh malam raya. Elok juga dilakukan selepas solat fardu Subuh sebelum hadir solat raya.

3. Menzahirkan kegembiraan ketika bertemu dengan rakan-rakan dan sebagainya. 
4. Ziarah ahli keluarga bagi merapatkan ikatan. Ziarah ini adalah kerana Allah dan bagi menghubungkan silaturahim.
Wallahhuaqlam
Mindapondok.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS