TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Sunday 9 February 2014

Dua Dicari Bantu Siasatan Kejadian Ragut dan Bunuh di Slim River

Tanjung Malim: Seorang suri rumah yang parah selepas diragut dalam kejadian di Jalan Hospital Slim River, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.35 petang, mangsa M Shemavarthini, 25, menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan mengambil ibu saudaranya yang bekerja sebagai tukang cuci di hospital berkenaan.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian seorang suspek yang menaiki motosikal serta sebuah lagi motosikal yang ditunggang seorang lelaki dan pemboncengnya seorang remaja wanita dilihat mengekori mangsa. Ketua Polis Daerah Superintendan Othman Nanyan berkata, suspek dipercayai menghampiri mangsa lalu merentap rantai emas dipakai menyebabkan motosikal hilang kawalan dan terjatuh di tepi jalan.

“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke Hospital Slim River untuk mengambil ibu saudaranya.
“Topi keledar yang dipakai mangsa tertanggal dan kepalanya terhentak di tebing konkrit,” katanya.
Menurutnya, mangsa dibantu orang awam mendapatkan rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika di wad kecemasan Hospital Slim River jam 5.02 petang kelmarin.
“Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak akibat hentakan kuat.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan melakukan samun dan bunuh,” katanya.
Beliau berkata, anggaran kerugian yang dialami mangsa sekitar RM5,000.
Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya turut mengenai pasti dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Mereka yang dikehendaki membantu siasatan ialah Farizul Hezry Mohamad, 29, beralamat No 1234 Taman Genting Permai Batang Kali, Selangor serta Shamsiah Asrik, 16, dari kampung Sungai Masin, Batang Kali, Selangor,” katanya.
Sehubungan itu pihaknya meminta mereka yang terbabit segera ke Balai Polis terdekat atau orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim di talian 05-4526999 atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Sila Kadong di talian 019-2659641.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS