Pada malam tadi 7.2.2014 bermulalah SRS Taman Bukit Slim Kali Pertama. Sesi rondaan dimulakan dengan ucapan Pengerusi KRT En. Yunus disusuli taklimat ringkas oleh Pegawai Polis Slim River.
Sesi taklimat dilakukan diperkarangan surau Salahhuddin Alayubi (balai lintang) Taman Bukit Slim tepat pada pukul 12.30 malam..
Program disertai oleh seramai 20 anggota SRS Taman Bukit Slim,beberapa orang anggota dan pegawai Balai Polis Slim River.
Selepas sesi taklimat anggota SRS dengan kerjasama anggota polis Slim River menjalankan rondaan sekitar Taman Bukit Slim.
Program SRS ini akan dilaksanakan dari masa ke masa dan diharapkan masalah jenayah yang berlaku di Taman Bukit Slim dapat dihindarkan.
Rondaan kali pertama berlangsung sehingga pukul 4.30 pagi.
No comments:
Post a Comment