TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Monday 10 February 2014

Paparan Tertunda Sekitar Sambutan Majlis Aqiqah dan Maulidurrasul 1435 H/ 2014 Taman Bukit Slim

Taman Bukit Slim,14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawwal 1435H.Bertempat di Surau sallehhuddin Al Ayubi telah berlangsung majlis Aqiqah (En. Razak RISDA) dan Majlis Memperingati Kelahiran Junjungan Sallallahualaihiwasalam. Gotong royong menyediakan jamuan diadakan seawal jam 8.00 pagi, diikuti majlis bersalawat, tahlil,doa selamat dan jamuan makan tengah hari. Pada malamnya diadakan Ceramah Perdana yang dikendalilan salah seorang kakitangan Pejabat Agama Tapah.Majlis turut diserikankan dengan kehadiran dan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim Baitul Helmi, Tanjung Malim.








































No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS