TAMAN BUKIT SLIM (TBS) - PENGENALAN

Taman Bukit Slim, 35800 Slim River terletak di pinggir bandar kecil Slim River dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Lokasinya di selatan Perak, kira-kira 22 km di utara Tanjung Malim dan 99 km dari selatan bandaraya Ipoh melalui jalan persekutuan. Kedudukannya bersebelahan Plaza Tol Slim River dan jika dari Ipoh jaraknya kira-kira 200 meter sebelum susur masuk ke plaza tol dan jika dari arah pekan Slim River penduduk atau pelawat perlu membuat pusingan "U" yang jauhnya kira-kira 2 km dari lampu isyarat persimpangan plaza Tol Slim River.Dibangunkan pada tahun 2008 dan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim – Admin.

Klik Sini

Pengumuman, Info dan Peristiwa TBS

* INFO TERKINI 2016

* Jawatankuasa Penduduk -Selamat Menyambut Nisfu Syaaban.

* Jawatankuasa KRT - Program SRS dilaksanakan seperti biasa.

* Jawatankuasa surau - Kuliah Mingguan dilaksanakan seperti biasa.


* Kelab Rekreasi Puakajoran - 2 Jun 2016 Trip Tanjung Dawai - Tukun Perak. Selamat Menjoran.


* Jika anda mempunyai maklumat dan sumber arkib untuk dikongsi sila berhubung dengan admin

SEKIAN TERIMA KASIH.

Sunday 9 February 2014

Warga Taman Bukit Slim Maut Akibat Diragut Dekat Hospital Slim River

SLIM RIVER– Angkara jenayah ragut, seorang wanita yang juga merupakan cucu salah seorang warga Taman Bukit Slim, maut apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu kepalanya terhentak pada tebing konkrit di Jalan Hospital Slim River dekat sini, semalam.
Mangsa M. Shemavarthini, 26, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.02 petang ketika sedang menerima rawatan di Hospital Slim River kerana mengalami pendarahan dalam otak akibat hentakan itu.
Mangsa juga adalah cucu kepada saudara Murugan, seorang peniaga kedai runcit di Taman Bukit Slim, Dekat Slim River.
Mayat mendiang kemudian dibawa pulang ke Taman Bukit Slim, untuk diselenggarakan selepas post mortem.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kejadian pukul 4.35 petang, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke hospital berkenaan untuk mengambil ibu saudaranya yang bekerja sebagai pencuci di situ.
Katanya dalam perjalanan itu, mangsa diekori seorang lelaki menunggang motosikal yang kemudian meragut rantai leher yang dipakai mangsa sehingga menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terjatuh.
“Topi keledar yang dipakai mangsa telah tertanggal dan kepalanya terhentak di tebing konkrit,” katanya ketika dihubungi.
Othman berkata suspek dapat meragut rantai leher emas yang merupakan ‘thali’ perkahwinan mangsa bernilai kira-kira RM5,000.
Blogger dan sidang redaksi Tamanbukitslim.blogspot.com serta warga TBS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

No comments:

Post a Comment

Paparan Popular

Sahabat Blogger

Pautan Santai Berkaitan TBS

Perkhidmatan Dan Kemudahan Sekitar TBS